Friday, July 4, 2008

Bapaku tak solat


Seperti biasa selepas aku menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama pelajar-pelajarku, aku duduk sekejap bersama Wildan dan Jazlan. Memang aku akui pelajar-pelajar aku menghormatiku kerana selepas solat mereka berduyung-duyungdatang untuk bersalam denganku. Tak terlepas juga Wildan dan Jazlan pun turut sama bersalam. Sambil bersalam itu ada juga bebudak aku yang bertanya tentang soa-soal keagamaan dan aku terus jawab kat situ juga. Kalau aku tak dapat jawab, aku akan bagitau kemudian.

Suatu hari aku didatangi oleh seorang pelajar lelaki sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib. Biarlah aku rahsiakan namanya dan aku namakannya Amin (nama samaran). Amin menunjukkan kepadaku sejenis kayu yang diberikan oleh ayahnya kononnya kayu itu dapat menghindari jin dan syaitan. Amin bertanyakan kepadaku boleh tak dia guna pakai kayu yang diberikan oleh ayahnya itu. Aku jawab dengan nada selamba 'tak boleh' sebab ianya merupakan tangkal dan boleh memudaratkan sesuatu (HALAU JIN DAN SYAITAN). lalu aku jelaskan lagi bahawa ia termasuk dalam syirik. Si Amin tadi termenung sejenak dan tiba-tiba ia menangis. Aku pun terpaku seketika.

Sejurus kemudian Amin bersuara dengan nada yang terisak-isak dan katanya, "ustaz, ayah saya tak sembahyang". Aku tanya "macammana kamu tahu ayah kamu tak sembahyang ?".
Dia jawab "memang saya nampak dia tak sembahyang dan dia tak pergi solat Jumaat ".
"camner ngan mak kamu ?" aku tanya lagi.
"mak saya sembahyang ustaz, dia tak pernah tinggal sembahyang", katanya.
"sejak bila kamu perasan ayah kau tak sembahyang" tanyaku lagi dengan bersungguh untuk ingin tau lagi.
"sejak saya di sekolah rendah lagi..." jawabnya. tangisannya masih lagi tak berhenti tika itu. disapunya air matanya acapkali supaya tak jatuh ke pipi.
"kenapa kamu atau mak kamu tak ajak dia sembahyang ?"
"dah ajak selalu ....tapi dia buat tak endah je...." jawabnya dengan nada perlahan. Aku memerhati raut wajahnya yang mana aku kira dia malu padaku kerna tangisannya.

dipendekkan cerita....aku beri dia beberapa tips:
(1) ajaklah dia selalu sembahyang walaupun dia suka mengelak.
(2) sembahyang di hadapannya dan berdoa kuat-kuat dalam Bahasa Melayu supaya ayahnya diberi petunjuk.
(3) letakkan majalah-majalah agama (yg sebut tentang solat lagi baik) di atas meja @ ruang tamu.
(4) jumpa adik beradik ayahnya dan suruh mereka yang bagi nasihat.
(5) pasang tape, cd quran @ ceramah agama bila dia ada di rumah.
(6) jangan lupa berdoa pada Allah tiap-tiap kali lepas solat supaya Allah buka pintu hati ayahnya.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.