Saturday, July 26, 2008

Limau Nipis



Selepas menyampaikan kuliah Maghrib di surau, abi terus pergi ke bilik warden untuk duty. Pada waktu itu abi kira jam 8.15 malam. Abi duty dengan cikgu Hisham. Abi terpaksa menggantikan cikgu Ali Wahab sebab dia pergi ke Sibu kerana mengiringi budak sainsri melawat.

Lebih kurang jam 9.40 malam, ada 2 orang pelajar tingkatan empat datang mengadu ada seorang pelajar tingkatan satu cedera tangan semasa menjalani aktiviti petang dalam slot motivasi. Bila abi tengok tangan budak itu taklah teruk sangat, bengkak je. Tapi memandangkan dia mengadu sakit Abi, Hisyam dan Syahrul terus bawa dia ke hospital Miri. Jam 12 malam kami sampai ke rumah. (Syukran Syahrul kerana sudi menemani kami walupun kitak sik duty ari ya!)

Apa yang abi nak kongsikan di sini ialah bagaimana nak buat jika diri sendiri atau anak bini yang terseliuh atau bengkak tangan. Teringat abi sewaktu kecil dulu yang mana abi selalu je terseliuh tangan semasa bermain. Apa yang ayah abi buat ialah dengan mengambil kapur (kapur sirih) dan asam limau nipis. Diperah limau nipis atas kapur dan digaul hingga sebati. Lalu disapukan pada tempat yang bengkak tadi. Kalau mahu balut tempat yang bengkak tadi pun lagi baik. Tak balut pun tak apa. InsyaAllah dalam masa 2 hari eloklah ia.

selamat mencuba.

2 comments:

data:comment.author/> said...

..Salam ...TQ ..hantar budak tu ke hospital ....Allah beri markah nnt...cuma apa nak kongsikan kat sini petua abi tu memang bagus untuk kita..tapi bila di sekolah tak boleh guna abi ....nanti susah jadi apa apa mak bapak saman....nanti niat baik kita ..bisa mengundang bahaya ...bawa je ke spital bi ..lebih selamat ...TQ 4 U ALL

data:comment.author/> said...

syukran 'ala nnasihat...

memang abi tak buat benda tu. takut kena marah.budak beringus hidung pun abi akan hantar spital kalau dia nak dan dah tak tahan lagi..

itu sebab abi tak nak berubat (bomoh) pd budak yg kena histeria..takut disalah ertikan..

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.