Friday, July 25, 2008

Ultraman


Bila sebut ultraman semua orang kenal baik budak kecil mahupun orang tua. Cerita ultraman ni telah masuk ke dalam fikiran orang Malaysia sejak zaman berzaman lagi. Cerita yang direka oleh orang jepun ini entah bila masuk ke Malaysia abi pun tak tau. Tapi yang pastinya awal tahun 80 an ketika masih dibangku sekolah, abi telah pun mengenali ultraman dan ianya memang diminati oleh abi dan kawan-kawan abi. Begitu juga dengan cerita-cerita karut marut yang lain seperti Satria Baja Hitam, Space Cop Gaban dan lain-lain lagi.

Apa yang nak dikongsikan di sini ialah tirulah macam ultraman. Kuasa yang ada padanya bagi menghapuskan raksasa digunakan semaksima mungkin. Ya, dia telah menggunakan kuasa sepenuhnya dan telah bermati-matian melawan raksasa yang jahat dan menakluki bumi. Sehinggalah kuasanya hampir habis (baki 5 minit) dia masih berusaha untuk menghapuskan rakasa tersebut.

Apa yang nak diutarakan melalui kisah ultraman ini ialah sifat yang tak pernah putus asa semasa melakukan kerja walaupun tiba ke penghujungnya. Dia tetap berusaha walaupun dia tahu nyawanya dan tenaganya hampir tiada. Inilah sifat yang harus dicontohi oleh setiap muslim dalam melakukan apa-apa kerja. Biarlah kerja itu susah asalkan kita jangan berputus asa dalam melakukannya. Sentiasalah berusaha walaupun ke saat akhir.

2 comments:

data:comment.author/> said...

semangat ultraman tu boleh dipraktikkan untuk pelajar sainsri..yg bagai penukul dengan pemahat..sentiasa kena ketuk baru kerja dibuat..

data:comment.author/> said...

ye betul tu. abi setuju perumpamaan tu

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.