Monday, August 25, 2008

Doktor Iman


"Setiap penyakit ada ubatnya". Begitulah indahnya kalam daripada junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Kalau kita sakit gigi, kita akan jumpa doktor gigi. Kalau sakit mata akan jumpa doktor @ pakar mata. Kalau sakit 'tuan' akan jumpa pakar &*%^$....he he he .... Kalau kita tersilap pilih doktor maka akan tersilaplah ubat yang diberi atau kemungkinan ubat itu tak berkesan....

Begitulah juga kalau 'iman' kita yang sakit, doktor manakah yang akan kita pergi jumpa ??? Sudah tentulah kita mesti jumpa doktor iman seperti alim ulama termasuklah ustaz dan ustazah yang arif tentang agama.

Semalam, selepas abi menunaikan solat Isya', abi pergi menemui seorang klien abi (pelajar) yang mana banyak aduan daripada pelajar dan laporan daripada guru kaunseling mengatakan dia tak solat. Lantaran itu, atas rasa tanggungjawab abi sebagai seorang pendidik, abi jumpa pelajar tersebut dan merawatnya mengikut acuan agama (memberi kaunseling).

Apa yang menarik perhatian abi semasa dialog dengan pelajar terbabit bahawa beliau mengatakan ibubapanya solat manakala adik beradiknya "solat tak full". Ibubapanya hanya menegur sahaja tanpa melakukan apa-apa tindakan jika tak solat. Dalam masalah ini abi berpandangan bahawa sewajibnyalah ibubapa memainkan peranan yang amat penting sekali dalam proses pendidikan awal anak tentang solat. Jika anak tak melakukan solat, janganlah takut untuk memberi denda atau hukuman sebagai tanda mendidik. Sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud:

"ajarlah anak kamu solat ketika mana umurnya tujuh tahun"

Inilah pendidikan yang diajarkan oleh nabi kita dalam mendidik anak melakukan solat sedari umur 7 tahun lagi. Teringat abi pada masa kecil ayah abi selalu marah abi bila tak solat dan yang paling dia marah bila abi suka tengok tv dan melambatkan solat. Walaupun ayah abi berkelulusan hanya sampai tingkatan 3, tapi ia menitik beratkan masalah solat anak-anak. Abi masih ingat lagi, setiap kali abi berada di rumah (bila balik bermalam dari asrama) dia selalu mengejutkan abi untuk solat subuh.

Beberapa perkara yang abi bincang dengan pelajar terbabit tentang solat:
* hukum solat
* dosa meninggalkan solat
* Kaitan dengan ibubapa jika anak tak solat
* keruntuhan agama
* tiada tempat bergantung
* perbezaan solat dengan tak solat
* niat + azam + tindakan = melaksanakan perintah Allah

Alhamdulillah sesi rawatan berjalan selama 40 minit lebih dan klien berjanji akan melakukan solat dan akan mengajak kawan-kawannya juga supaya solat. Inilah masalah pelajar yang mana 'imannya' sakit tenat. Kejap solat, kejap tak solat. Sebagaimana yang dikatakan oleh Naim Yasin dalam kitabnya "Iman bertambah dan berkurang". Ada beberapa klien lagi yang mana sama penyakitnya akan abi rawat pada masa yang terdekat ini. InsyaAllah Ta'ala.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.