Thursday, September 4, 2008

Iman Terapi

setiap maksiat yang dilakukan, akan melekat titik hitam dalam hati.


Alhamdulillah puji dan syukur hanya untukMu.

Semalam abi telah bertemu dengan seorang 'klien' abi yang mana telah melakukan perkara yang tak elok antara lelaki dan perempuan (berdua-duaan). Moga mereka ini tidak melakukan perkara yang terkutuk. Hasil daripada Iman Terapi dan interaksi dua hala antara klien dan abi ternyata mereka ni baru nak berjinak-jinak dengan 'dunia' itu. Inilah akibatnya ketandusan iman dalam hati. Banyak kali mereka ini mengadakan pertemuan dan akhirnya "kantoi" juga. Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua....

Janganlah disangka apa-apa tindakan kita itu manusia tak nampak. Walaupun manusia tak nampak tapi Allah Maha Melihat. Percaya lah! suatu hari nanti Allah akan membuka tindakan kita kepada orang ramai. Kalau tak di dunia, di akhirat sudah pasti akan dibuka.

Seperti biasa, abi merawatnya menggunakan pedoman daripada Al quran dan Al hadis yang merupakan nasihat dan tunjuk ajar sesuai dengan strategi dakwah "Al Tabsyir dan At Tanzir" Abi mengaitkan tujuan utama seorang pelajar dan mengingatkan supaya jangan sesekali memalukan ibubapa kita. Kalau memalukan ibubapa, tak mustahil suatu masa nanti "anak" kita pula akan memalukan kita!

Memetik kata-kata seorang penceramah yang dikenali sebagai "Abang Syed" dari PERKEPIS, beliau mengatakan " kalau kita bercinta dengan seseorang dan matlamat kita adalah untuk perkahwinan dalam masa yang terdekat, itu dibolehkan tapi kalau mahu bercinta sedangkan kita masih lagi di alam persekolahan dan jangka masa untuk berkahwin masih lama maka ianya adalah haram " Abi setuju dengan pandangan beliau dan ada kebenarannya. Tak mungkin seorang pelajar itu bercinta kerana ingin berkahwin di alam persekolahan. Itu cinta monyet!!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.