Friday, September 5, 2008

Jom berzakat

resit pembayaran zakat yg dikeluarkan oleh Tabung Baitul Mal Sarawak

Beberapa hari yang lepas, abi pergi ke Masjid Jamek Miri untuk menunaikan ibadat zakat fitrah. Kebetulan dah masuk waktu asar, terus abi solat dan seterunya membayar zakat fitrah. Untuk makluman, zakat fitrah di Sarawak ini ialah RM 7.50 sen sekepala.

Sejak hari pertama puasa lagi mereka (amil zakat) telah membuka kaunter mereka di masjid-masjid dan di bazar-bazar ramadhan. Syabas kepada Tabung Baitul Mal Sarawak kerana menempatkan mereka di Bazar Ramadhan kerana tempat itupun dikira sebagai strategik juga untuk membayar zakat. Malangnya abi perhatikan tak ramai yang berkunjung ke gerai zakat. Adakah mereka telah berzakat? Atau mereka ini menunggu hari yang paling baik membayar zakat iaitu sebelum menunaikan solat hari raya ? Atau menunggu di pertengahan ramadhan ? atau......

Ulamak telah memberikan panduan kepada kita bahawa zakat boleh dibayar bermula awal Ramadhan sehinggalah 1 syawal (sebelum solat hari raya). Walaubagaimanapun ada pandangan ulamak menyuruh umat Islam supaya bersegera atau meng'awal'kan pembayaran zakat kerana wang tersebut akan diberikan dan diagihkan kepada fakir miskin atau mereka yang berhak sebelum hari raya puasa. Itulah antara salah satu objektif zakat adalah untuk membantu golongan tersebut dan seterusnya menggembirakan mereka pada hari raya. Wang yang diberikan kepada mereka, dapatlah mereka menyambut hari raya dengan perasaan gembira seperti membeli pakaian raya untuk anak-anak dan persiapan raya yang lain.

"fastabiqul khairat.." - maka berlumba-lumbalah untuk kebaikan

1 comment:

data:comment.author/> said...

hehehe...xder la abi..ni pon kt mesia...mane nk dpt...huhu

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.