Monday, September 8, 2008

Kenapa malas berterawih ?

Hari ini abi ingin berbicara tentang kehidupan sekeliling kita yang malas untuk menunaikan solat sunat terawih. Kenapa ianya terjadi ? Abi melihat keadaan ini terjadi daripada beberapa sudut:

1) makan terlalu banyak ketika berbuka puasa- apabila kita berbuka puasa dengan mengambil makanan yang terlalu banyak dan melebihi kapasiti yang diperlukan oleh perut kita maka kita akan merasa malas. Punca kepada masalah ini juga ialah datangnya perasaan yang mengantuk akibat makan banyak.

2) Tidak pernah melakukan solat sunat: Kebiasaannya mereka yang malas untuk solat sunat terawih ini adalah dikalangan mereka yang tidak suka melakukan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat qabliah dan ba'diah. Kalau yang itu pun susah untuk didirikan apatah lagi untuk melakukan sebanyak 8 rekaat atau 20 rekaat.

3) Kurangnya kesedaran beragama dalam diri- Hal ini timbul kerana merasakan bulan puasa hanyalah untuk berpuasa di siang hari sahaja, tidak lebih daripada itu. Mereka lebih rasa selesa untuk menonton cerita-cerita di TV Astro sambil berehat menghampar perut yang kekenyangan. Sedangkan di luar sana imam-imam masih lagi mengalunkan bacaan ayat-ayat lazim dalam terawih. Kesian kepada Ramadhan datang menjadi tetamu kepada umat Muhammad saw tetapi tidak dilayan dengan baik. Kecewa Ramadhan dengan layanan yang diberikan oleh umat Muhammad.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.