Monday, October 6, 2008

Tahu atau jahil agama



Sepanjang bulan syawal ini, banyak abi berjalan di rumah kawan atau kenalan. Apa yang dapat diperhatikan dan disimpulkan tentang kemeriahan berhari raya di Miri dari sudut agama beberapa perkara:

1) Bersalam-salaman : fenomena ini adalah suatu yang baik dalam agama tetapi ianya tidak menepati hukum syarak. Kedapatan muda mudi lelaki dan perempuan (bukan muhrim) bersalam-salaman antara satu sama lain. Ini amat ditegah dan dilarang dalam agama. Situasi ini bukan terdapat di Miri sahaja bahkan di seluruh negara. Ianya dibuat adalah dengan alasan berhari raya, jadi tak mengapelah bersalaman dan bermaaf-maafan. Setakat yang abi tau dibenarkan bersalaman antara lelaki dan perempuan , jika salah seorang daripada mereka sudah tua (sangat tua/tiada nafsu). Itu adalah sebahagian pendapat ulamak sahaja. Ada juga ulamak yang mengharamkan bersalaman kerana ia boleh membawa ke arah maksiat.

2) Main mercun/ bunga api: Kalau raya tak sah kalau tak main mercun atau bunga api. Seolah dah jadi adat. Perlu diketahui ia adalah suatu bentuk pembaziran. Main bunga api berdozen-dozen seolah - olah membakar duit. Begitu juga dengan main mercun, ia adalah amat merbahaya kerana boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain. Bunyi mercun yang kuat pun boleh mengakibatkan gangguan dan kemarahan orang lain apatah lagi jika mereka ada anak kecil.

3) Ziarah menziarahi: amalan ini adalah amalan terpuji. Malangnya sebahagian daripada mereka ang abi fikir jahil tentang agama melakukan amalan ini dengan menziarahi pada waktu yang kritikal seperti pada waktu maghrib. Sepatutnya pada waktu ini berilah masa kepada tuan rumah untuk berehat dan beribadat kepada Allah pada waktu sejam itu. Makin lewat senja, maka makin ramailah yang keluar untuk ziarah. Kan Nabi ada kata bahawa waktu sebegini tak elok keluar sebab syaitan mula berkeliaran !

4) Menonton Tv / rancangan hari raya: aduh!!! sepatutnya hari raya diisi dengan amalan berfaedah seperti menziarahi sanak saudara atau kubur. Tapi ada juga dikalangan kita yang memilih untuk menonton rancangan di tv.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.