Saturday, November 15, 2008

Mengapa alergic usrah ?


Dah lama rasanya aku nak tulis artikel pendek ini. Sekadar untuk peringatan diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan dan juga mereka yang menggelarkan diri mereka pejuang agama Allah dan ingin melihat Islam itu terpancar seantero dunia.

Mengapa takut nak berusrah? Adakah usrah ini tak bermanfaat ? Takut kehabisan minyak motor atau kereta ? Kesian kan anak dan isteri ditinggalkan ? Sibuk dengan tugas dunia hingga tiada masa berusrah ?

Sepatutnya persoalan -persoalan sebegini harus diketepikan bagi kita yang mengaku pejuang agama Allah dan mereka yang bercakap berkobar-kobar tentang ISLAM. Banyak di kalangan kita yang berkobar-kobar dan "hamasah" tentang Islam tetapi apabila diajak untuk berusrah pelbagai alasan yang keluar daripada mulut mereka. Dengan erti kata lain mereka tidak mahu join usrah. Tetapi sebaliknya apabila diajak untuk pergi bersiar-siar ke tempat-tempat menarik ataupun bermain apa-apa permainan yang dia suka,,,terus tidak menolak. Mengapa fobia untuk berusrah ?

Renungilah sejarah silam baginda Rasulullah saw pun berusrah dengan para sahabatnya. Di situlah baginda mengalirkan ilmu-ilmu Islam kepada sahabat-sahabatnya. Begitu juga dengan para sahabat sesama mereka pun ada berusrah.

Untuk apakah berusrah ? Mungkin inilah yang perlu abi kongsikan dengan yang lain:

1) dapat bertukar-tukar pendapat dan mecari kata putus dalam sesuatu masalah.
2) dapat menimba ilmu daripada mereka yang lebih arif dan alim daripada kita.
3) melatih diri untuk bercakap dan menyuarakan pendapat.
4) usrah dapat membina kekuatan ukhuwwah Islamiah sesama kita.
5) dalam usrah kita dapat mendengar nasihat dan peringatan sekaligus ianya merupakan muhasabah diri. Bayangkan kalau diri kita tidak dimuhasabah selama 1 tahun ! dan bayangkan juga kalau diri kita sentiasa dimuhasabah 2 minggu sekali !
6) dengan usrah dapat membentuk organisasi dan kesatuan yang besar. Pernah abi dengar sebuah kumpulan usrah dapat membentuk syarikat perniagaan yang besar. Segala-galanya bermula dengan usrah.
7) Bagi orang alim atau ustaz, usrah adalah salah satu daripada cara untuk mengalirkan ilmu yang ada di dada. Adakah anda ustaz atau orang alim ? atau anda berjaya menghabiskan kitab "al Iqna" or "Riadhus solihin" di universiti ketika dulu tapi kini terkubur begitu saja ??

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.