Monday, November 3, 2008

Mini Bisnes

gambar hiasan


Sekadar perkongsian dengan apa yang telah abi lakukan pada 2 minggu lepas hingga kini. Nak dijadikan cerita....ramailah cikgu-cikgi tak puas hati dengan menu makanan kat kantin sekolah tu. Asyik-asyik menu yang sama saja setiap hari. So, ramailah cikgu tak pergi makan. Ada yang sanggup berlapar sampai ke tengahari dan ada juga yang sanggup makan walaupun menu yang sama setiap hari (kalau tak makan kebulur,,,nanti habis bebudak dimarahinya....)

So, atas rasa kesian pada cikgu cikgi ni abi dan ummi telah bertungkus lumus membuat bisnes kecil-kecilan iaitulah nasi kerabu. Dengan harga yang berpatutan RM 2 sebungkus, alhamdulillah ianya habis dijual sebanyak 25 -27 bungkus setiap kali dijual. Abi buat bisnes ni pun bukan setiap hari, Isnin dan Khamis sahaja. Terima kasih kepada rakan guru kerana sanggup menjadi customer. Sehinggakan ada yang kata "Nak jadi customer tetap" sepanjang hayat....hi hi hi ...terharu rasanya...

Nak tau kenapa abi suka bisnes? sebabnya:
1) Nak ajar diri sendiri berdikari.
2) Untuk menghilangkan rasa malu dalam diri dalam mencari rezeki.
3) Mencari peluang-peluang yang ada ....banyak peluang rezeki kat sini...
4) Ia memang kerja mulia dan sunnah Rasulullah saw.
5) mengetahui potensi diri dalam urusan bisnes.

2 comments:

data:comment.author/> said...

Niaga kecil-kecilan dulu,pah ni boleh buka gerai depan rumah plk,jual nasi kerabu...boleh kawe nikmati sama.

data:comment.author/> said...

syukran atas galakan.tapak dah ada.tunggu masa utk bertindak.he he he

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.