Wednesday, November 19, 2008

Wahai sang suami berhiaslah !

Biasanya yang selalu kita dengar adalah “wahai sang isteri berhiaslah untuk suamimu”. Jarang kita dengar suami berhias untuk isterinya. Islam amat menitik beratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. Lantaran itulah disuruh isteri berhias untuk suaminya. Ini tidaklah bermakna si suami tidak perlu berhias untuk isterinya. Si suami juga harus memainkan peranannya dengan berhias dan tampil kacak di hadapan isterinya.

Alangkah ganjilnya jika si isteri berhias dengan memakai pakaian yang cantik-cantik disertai dengan wangi-wangian tetapi si suami pula tampil dengan baju “pagoda”nya dan berpelikat sampai paras lutut sahaja. Ataupun si suami hanya memakai kain pelikat dan tidak berbaju dan mempamerkan bulu ketiaknya serta wangian ketiaknya yang masam !

Ayuh berubahlah wahai sang suami. Suami mahu melihat isterinya cantik dan menawan di hadapannya tetapi dia tidak kacak dan handsome di hadapan isterinya. Buanglah perasaan “ tak apa tak pakai smart pun dalam rumah, tiada siapa yang nampak. Isteri aku je yang nampak “.

Hayatilah kata sahabat Nabi saw : “ aku suka berhias untuk isteriku sebagaimana dia juga suka berhias untukku “.

Inilah sikap yang perlu ada dalam kehidupan berumahtangga yang mana suami isteri tahu peranan masing-masing. Jika keadaan seperti ini diamalkan InsyaAllah rumahtangga yang dibina akan bahagia. Maka di sana akan lahirlah rumahku syurgaku.

2 comments:

data:comment.author/> said...

Sokong ...benda yang kita terlepas pandang ....tapi jgn terlebih berhias plak ..nanti bertukar status lak ,,,,he hehe h

data:comment.author/> said...

tak rugi berhias untuk isteri !!nanti dia masak sedap utk kita....

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.