Monday, January 12, 2009

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu

Semalam telah diadakan program pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu. Kalau ikutkan nama yang ada kat kertas tu seramai 90 orang pelajar lebih yang akan melapor. Tapi cuma 66 orang sahaja yang datang melapor. Mana yang lain ? abi fikir mungkin tak dapat datang sebab terkandas dek banjir ...ataupun tak jadi nak masuk ke sekolah ni...Mungkin nak masuk Sains Mara...

Apapun yang terjadi nak kongsikan apa yang terjadi semalam( waktu mendaftar ). Ada mak bapak tu jumpa abi dan bagitau abi supaya tolong jaga anaknya baik-baik. Jangan disembunyikan segala kejahatan yang anaknya buat walaupun sekecil-kecil kesalahan. Part ni abi setuju sangat dengan ibubapa macam ni...abi suka diorang ni..ni abi puji sebab dia bagi harapan pada guru supaya ajar anaknya betul-betul. Mana pergi ibu bapa yang lain ??ada tak dia cakap macam parent tadi...tak ada. Cuma sepasang laki bini tu saja yang cakap...selebihnya...sibuk dok mengemas kain baju dan loker anak.

Cerita yang satu lagi tu, ada sikit lucu hinggakan habis duitnya datang untuk mendaftar anaknya. Dengar kabar datang dari "song"(daerah Sibu) . song mana abi tak pasti..yang pasti tempatnya ada hulu sikit..Dia kehabisan duit dan minta pihak sekolah untuk hantarnya ke stesen bas. Isy! belum pernah terjadi dalam sejarah SMSM ibubapa habis duit sampai tak boleh nak balik. Dipendekkan cerita mujurlah ada sorang cikgu laki yang baik hati nak hantar dia stesen bas. Mungkin cikgu tu kesian kat dia lagipun cikgu tu pun orang Sibu gak!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.