Sunday, January 18, 2009

Malam Bersamamu Palestin

Malam tadi abi menghadiri Malam Bersamamu Palestin di SMKA Miri. Program di bawah anjuran Yayasan Amal Malaysia terpanggil aku untuk menghadirinya sama kerana abi adalah ahli YAM juga (Yay. Amal M'sia). Suasana program dan penceramah jemputan (Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Syazmizi Nik Sin) cukup menyentuh perasaan abi bila mana dia berbicara tentang isu-isu dan suasana yang melanda Palestin.

Antara kata-katanya yang menyentuh hati:
** apakah perasaan kita jika sekiranya saudara kita yg terdekat dibunuh dengan kejam ?
** apakah perasaan kita jika adik kita sendiri yang dibunuh depan mata kita?
** apakah perasaan kita jika anak-anak kecil yang dibunuh itu adalah anak kita?
** apakah perasaan kita jika ibu yang mengandung adalah isteri kita ?

Ayat -ayat di atas cukup menyayat hati walaupun tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri. Apabila berbicara tentang anak-anak mati dibunuh, abi terlihat kepada anak-anak abi yang tertidur di pangkuan abi tika itu. Apabila berbicara tentang isteri teringat abi isteri kat rumah yang sedang sarat mengandung anak ke 3. Cukuplah bayangan begitu sahaja dah cukup menyatakan dan membangkitkan kemarahan kepada Yahudi La'natullah. Allahumma "binasakan lah Yahudi dan kuncu-kuncunya" amin.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.