Tuesday, February 10, 2009

RM 91,180.00 dari Miri


Alhamdulillah, melalui Program Bersamamu Palestin di Miri sebanyak RM91,180 (Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Satu Ribu Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja) telah berjaya dikumpulkan untuk Tabung Dana Kemanusiaan Palestin yang diterima daripada masjid-masjid, surau-surau, syarikat-syarikat korporat, sekolah-sekolah, institut-institut, pelbagai badan dan agensi Islam serta individu-individu yang prihatin lagi budiman.


Terima kasih atas kepedulian yang di zahirkan, keprihatinan yang di manifestasikan. Semoga Allah memberi kebaikan yang berkekalan kepada anda! Syabas dan tahniah kerana menjadi ummah yang prihatin !


Upacara simbolik penyerahan cek daripada wakil-wakil pihak penyumbang telah diadakan di akhir program Malam Bersamamu Palestin. Kutipan ini akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui 3 pihak/ channel iaitu Yayasan AMAL Malaysia, MERCY Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak.

sumber: YAM, Unit Miri

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.