Wednesday, February 4, 2009

Sepak Takraw


Semalam abi bawa satu kontijen sepak takraw ke SMK Pujut. Abi ingatkan bukan abi yang bawa budak tu sebabnya dah lama tak bawa budak takraw. Lani dok jaga pasukan memanah SMSM pulak. Tetiba je dapat kerje lain lagi. Mana sempat nak buat latihan. Memang kami tak harapkan kemenangan yang kami capai dalam pertandingan itu. Sekadar memenuhi penyertaan sahaja. Surat panggilan pertandingan sampai 2 hari sebelum raya cina. So, pemilihan pelajar pun tak sempat dibuat, hanya sekadar "interview lisan" yang dapat dibuat. Lepas cuti raya cina terus bertanding.

Dalam pertandingan, banyak kelemahan daripada pasukan SMSM. Khususnya di bahagian tekong, apit kanan dan apit kiri. Pendek kata lemah serba serbi. Masih memerlukan kepada latihan yang banyak kalau nak hantar kontijen lain kali. Kena buat persediaan yang cukup seperti kelengkapan padang dan masa yang sesuai untuk berlatih.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.