Tuesday, March 10, 2009

Tebuni

Buat julung-julung kalinya abi menjadi “bidan” untuk membasuh dan mencuci tebuni anak abi. Kalau sebelum tu tebuni (anak pertama dan kedua) dicuci oleh mak bidan. Memandangkan susah untuk cari mak bidan kat sini dan takut ianya bercampur dengan benda-benda khurafat maka abi sendiri terjun padang untuk membasuhnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) besen sederhana besar

2) garam

3) asam gelugor

4) besi / paku/ duit

5) kain putih

Cara membasuhnya:

1) isikan air ke dalam besen dan letakkan uri ke dalamnya.

2) Singkirkan darah yang melekat pada uri dengan menggunakan tangan. Awas! Jangan gunakan berus apatah lagi berus tembaga.

3) Bilas uri tersebut beberapa kali.

4) Selesai mencuci uri tesebut letakkannya ke atas kain putih yang bersih.

5) Taburkan segenggam garam ke atasnya dan beberapa keping asam gelugor (5-9 keping). Masukkan juga paku atau duit syiling (satu je).

6) Bungkuskannya atau balutkannya dan tanamkannya ke dalam tanah sedalam setengah hasta lebih.

7) Seeloknya dibaca solawat semasa menanam uri tersebut dan mendoakannya supaya tidak diganggu oleh binatang dan kesihatan anak yang lahir dalam keadaan yang sejahtera.

Uri menurut kepercayaan orang – orang tua adalah adik beradik kepada bayi tersebut. Dia adalah teman kepada bayi tersebut sejak berada dalam perut ibu lagi. Sains membuktikan bahawasanya uri yang disebut plasenta itu membekalkan makanan dan segala zat kepada si bayi. Apabila siibu makan makanan, plasentalah yang akan menyalurkan makanan kepada bayi melalui pusat bayi. Maka benarlah ungkapan orang tua ianya diibaratkan sebagai adik beradik bayi kerana ianya terjadi apabila adanya janin dalam perut ibu.

Wallahu’alam.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.