Wednesday, June 17, 2009

Ajarlah anakmu halal dan haram


Suatu hari abi bersama famili pergi shopping di Boulivard, Imperial Mall. kami jalan-jalan di bahagian cold storage sambil memerhatikan paket Ayamas goreng. Tetiba suara Wildan kedengaran " nak ayam goreng abi ". Memang hajat di hati abi pun nak beli satu paket untuk mereka berdua. Memang favourite food mereka ni.

Sebelum tu abi cuba alihkan perhatian mereka untuk mengenali dan membaca perkataan dan logo "HALAL" dalam tulisan Jawi.

" Yang ada ha lam alif lam sahaja yang orang Islam boleh makan. Kalau takde tulisan ni orang Islam tak boleh makan, ini tulisan halal ", jelas abi pada Wildan dalam bahasa yang mudah difahami. Sesuai dengan aras pemikiran kanak-kanak 6 tahun. Sekurang-kurangnya dia dah tahu garis panduan makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

Kemudiannya Wildan mengambil paket makanan yang lain pula dan memberitahu abi bahawa yang ini ada halal dan boleh dimakan. So dia nak tambah satu paket lagi ayam goreng !

sabda Nabi Saw yang bermaksud:
Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Dan antara kedua-duanya ada syubhat.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.