Saturday, June 13, 2009

Selamat Pengantin Baru



Hampir seminggu lebih blog cerita abi dok menyepi tanpa berita. Maklumlah abi balik kampung atas urusan keluarga. Adik kahwin bukan abi yang kawin. Satu-satunya adik abi yang seorang ni kahwin dengan orang "pintu geng". Jumpa di Miri. So sebagai abang tua terpaksa abi uruskan tentang perkahwinan dia bermula sebelum nikah hinggalah ijab qabulnya dan hantar menantu.

Kali ni abi jadi kameraman diorang. Terpaksalah belek-belek majalah yang ada gambar pengantin untuk cari pose yang istimewa. Ini pengalaman pertama jadi juru foto kahwin. Saper-saper yang nak perkhidmatan abi bolehlah call untuk tempahan ...he he he..tapi gambar takder warranti lah!

Walaubagaimanapun abi ucapkan "barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jamaa' bainakuma fi khair" - semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.