Saturday, February 20, 2010

Di pintu barzakh II

adakah kita pasti kita dapat menjawab soalan-soalan munkar dan nakir ?

Pabila dibuka lembaran talqin, suasana menjadi senyap seketika.Tiada lagi kedengaran tangisan dan dan rintihan seorang ibu buat simati. Ketika itulah abi mula menyusun kata-kata talqin dengan ucapan tahmid dan solawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.


Di saat talqin dibacakan, sampai kepada ayat…

Wahai Rahmie Dewi Bt Badji (nama simati) semoga kamu dirahmati dan diampunkan dosa-dosa kamu.Mulai hari ini, berakhirlah sudah kehidupanmu di dunia, habislah sudah segalakeseronokkanmu, lenyaplah sudah perhiasan dan kesenanganmu yang Allah pinjamkan selama kamu hidup di dunia.


Di saat itulah juga bulu roma abi mula meremang. Berdegup kencang jantung abi. Entahlah. Rasanya macam abi yang mati dan sedang mendengar bacaan talqin daripada seseorang. Seakan abi tika itu berada di alam barzakh. Lailaha illallah Muhammad rasulullah….


Makin kuat degupan jantung abi bila dibacakan….

Sekarang dan mulai hari ini engkau berada di alam barzakh, iaitu alam lain dari apa yang engkau telah tempuhi sebelum ini…..



Ingatlah apabila datang kepadamu dua malaikat munkar dan nakir yang ditugaskan oleh Allah untuk menyoal kamu,maka janganlah engkau terkejut dan takut. Mereka sebenarnya adalah hamba Allah sepertimana kamu juga…..


Dalam hati abi berbisik….Ya Allah bagaimanakah keadaanku bila ku mati kelak?

Adakah aku dapat menjawab semua soalan daripada munkar dan nakir itu?

Bersediakah aku untuk mati?????????


Abi tak akan hidup lama lagi.Dari sehari ke sehari maut makin dekat dengan abi. Hanya Allah sahaja yang tahu! Wallahu ‘alam.

1 comment:

data:comment.author/> said...

Sesungguhnya kematian itu amat dekat dengan kita.Semakin hari bertambah umur..maka semakin kita menghampiri saat pertemuan dengan Ilahi.

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.