Saturday, March 20, 2010

Kereta pun ada haknya

Iswara yg dibeli dua bulan yg lepas untuk kemudahan menghantar - mengambil Wildan dari sekolah

Setiap sesuatu ada haknya masing-masing

Kalau tak diletakkan haknya nescaya tergendalalah

Begitulah dengan kereta abi (iswara) pun ada haknya. Hak untuk menjaganya dengan baik. Hak untuk menukar minyak enjin...hak untuk membaikinya jika ada rosak. Jika tidak ditunaikan haknya, maka ia akan rosak....seluruh servicenya akan terhenti dan tergendala.

Baru kejap tadi abi dah pergi tukar water pump sebab dah rosak. 2 minggu lepas tukar kompresor air cond. Macam-macam hal kereta bila dah tua.

Memang benarlah nabi kita suruh mempunyai 3 benda yang baik:
1) rumah yang selesa
2) jiran yang baik
3) kenderaan yang baik / selesa

Badan kita pun sama juga.Ada haknya. Hak untuk merawatnya jika sakit. Hak untuk berehat selepas penat bekerja. Hak tidak menukar anggota yang asli/asal dan sebagainya.....

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.