Monday, June 14, 2010

Hari kedua di KK

Merendam kaki dalam kolam air panas. Tak tahan lama weh. Dalam kiraan 10 je dapat. Kali terakhir dapat rendam sampai 1 minit lebih tanpa angkat kaki.


sambung sikit lagi cerita di Brunei......alkisahnya abi dah ditinggalkan oleh kawan di jalanan Brunei. Sempat makan buah langsat berkilo-kilo nak cari kawan-kawan. Nak cari kampung Air pun tak jumpa. Last sekali kami pasrah. Nasib baiklah tepon yg dibawa boleh di sms kpd kengkawan. Janji punya janji maka bertemulah semula di Masjid Hasanol Bolkiah.

Kisah di Kota Kinabalu....hari keduanya kami ke Kundasang, Ranau dan Kolam Air Panas (poring). Alhamdulillah cuaca baik semasa dalam perjalanan. Jalan yang bengkang bengkok untuk ke poring menyukarkan kami untuk drive laju. Tapi abi begitu hairan sekali bas yang begitu besar memandu dengan laju. Mungkin mereka ni dah biasa ngan jalan tersebut.

Dalam perjalanan pulang, cuaca sedikit hujan. Jalan berkabus tebal dan menyukarkan pandangan kami. Kereta dapat dipandu 10-15 km sejam. Kali ini terpaksa menuruni bukit pula. Adegan yang tak sanggup berlaku telah berlaku dalam kereta yang mana Jazlan hendak kencing. Jalan berkabus tebal dan kami tak sanggup turun untuk parkir kereta. (silap2 dilanggar orang) Apalagi botol mineral kosong jadi mangkuk tandas mengisi air mineral jazlan pula. Satu pengalaman yang susah dilupakan.

2 comments:

data:comment.author/> said...

hehehe..kelakar lak anak UStaz Jazlan tuh..mau pulak dia membuang kumbahan dalam botol mineral..dah darurat nak buat camano?

Saya dah pernah ke Kundasang. Cantik sgt pemandangan bukit bukau gunung ganang walaupun sesekali seriau tgk curam yang dalam. Sempat gak berhenti di sebuah anak sungai yang sangat jernih airnya.

Konon2nya ke kundasang tu nak mendaki kaki gunung kinabalu..hmmm..tiba pun dah petang, haram tak nampak kaki gunung..udah ler hujan selebat2 nya. basah lencun kami. Sampai pun dah lewat petang..mana taknya, asyik2 stop tepi jalan amik gambor..ter'excited' bahhh...

Kami sempat gak la pusing2 kat hutan tu. Yang paling best, chicken wing..makan time panas..rasa masa tu chicken wing paling sedap in the world la..(padahal dah masing2 lapo)..dan paling saya geram tgk sayur2an dan buahan yang segar dan murah2..rasa nak angkut borong bawak balik..sib baik cepat sedar diri...hahaha

Suatu hari nanti, insyaallah panjang umur, murah rezeki nak berkunjung lagi..

sorry ustaz..dah jd karangan lak..hehehe

data:comment.author/> said...

sikit lagi nak tambah..hehe

Biasa la tu Ustaz, adat menjadi pelancong asing..kalau tak sesat baghat, maka tak kenal tempat orang kan? Ada hikmah byk tu.

What is the secret of SUCCESS?
"Right Decisions!"

How do you make Right Decisions?
"Experience!"

How do you get Experience?
"Wrong Decisions!"

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.