Monday, July 12, 2010

Antara World Cup dan Feil Madhi


Semalam abi mengajar subjek BA di bawah tajuk feil Madhi (kata kerja yg telah berlaku) untuk kelas tingkatan 1 Iltizam & Usaha. Minggu lepasnya, abi suruh bebudak tu menghafal sekurang-kurangnya 3 feil madhi bersama maknanya. Kali ini abi nak tasmi'.

Bila masuk kelas....dengan sengaja menggunakan set induksi (intro), pasukan manakah yang menang semalam? Sepanyol atau Belanda ? Satu kelas menjawab : " Sepanyollllllllllll " Berapa gol ? tanya abi lagi. Dengan suara yang nyaring : " 1-0 .

Wah! hebat sungguh piala dunia ni. Lapisan umur mengetahuinya.

Abi menanyakan secara rawak. " Sebutkan nama-nama pemain bolasepak Sepanyol ". Tanpa mengangkat tangan seorang pelajar R bangun berdiri dan menyebut satu persatu nama pemain pasukan kegilaannya. (abi sorang pun tak ingat nama pemain tu).

Ok bagus awak kerana mengingati nama pemain tersebut, puji abi lagi.

Sekarang, Ustaz mahu kamu sebutkan tiga feil madhi yang minta dihafal pada minggu lepas.

Tergaman dia sejenak. Lalu menyebutnya hanya 2 sahaja kata kerja yang diingatinya.

Itulah dia apabila world cup diutamakan, Arab dipinggirkan.

1 comment:

data:comment.author/> said...

salam ustaz...

bertuah la budak2 tu...baru form 1 dah belajar nahu...kami dulu setakat belajar nama buaha-buahan, barang2 dlm kelas, anggota badan etc.

ni kalau dah sampai form 5 ni mesti terer dah ni...hehe;)

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.