Friday, December 9, 2011

Jadi ahli baru

Bulan Hijrah ni, abi didatangkan tetamu yang diundang khas dari alam lain. Dari alam rahim ke alam dunia yang fana. Dia berhijrah dari alam yang sempit ke alam yang luas. Mungkin sesuai juga dicakapkan pd entry kali ni tentang penghijrahan. (kejap lagi sebelum nak tutup entri).

Semalam, 8 Dis 2011 (10.45 am), ummi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Uhhh!bayi lelaki lagi rupanya.Takpelah kami terima dengan syukur ni'mat @ pemberian Allah yang tak terhingga ini. Memang hajat di hati nak menimang bayi girl, tapi semuanya di bawah kudrat dan iradat Allah. Dialah yang Maha Mengetahui lagi! So, kesemua anak abi 4 lelaki! Yup, satu team takraw + satu simpanan dapat dibuat :)

Hajat di hati memang nak menemani ummi bersalin di bilik bersalin. Memang dengar cerita kat hospital Tanah Merah ni doktor izinkan ditemani suami @ keluarga terdekat. Puas abi tunggu di bilik menunggu tu, tapi tak juga dipanggil oleh misi@nurse. Entah bersalin ke tak si ummi ni (bisik hati). Hampir 4 jam abi tunggu, jam 12.15 pm nurse panggil abi untuk azan. Oh, rupanya dah bersalin si ummi. Melepas abi kali ini. Rupa-rupanya nurse kat dalam terlupa nak panggil abi dek kerana terlalu sesak orang yang nakbersalin pd waktu itu.

So, begitulah penghijrahan yang berlaku semalam. Kita yang hidup ni bagaimana nanti? Ya, kita pun akan berhijrah juga iaitulah akan ke alam barzakh dan alam akhirat yang kekal abadi nanti. Dah bersedia untuk mati? Hanya orang yang banyak buat dosa @ maksiat sahaja yang takut mati. Adapun mereka yang sentiasa melakukan amal kebajikan dan ibdat sentiasa rindukan mati dan ingin masuk syurga Allah.

Wallahu a'lam.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.