Monday, December 26, 2011

syukran ya Rabbi

Kesempatan yang ada dalam musim cuti sekolah telah abi gunakan sepenuhnya untuk membantu si ummi yang masih dalam pantang bersalin. Mujurlah Allah merancang bahawa anak yang bakal lahir itu akan keluar pada Disember ini. Bertepatan dengan cuti sekolah. Asykuruka Ya Rabbi....

Banyak benda yang kena buat tika isteri tengah bersalin. Tak boleh nak harapkan pada mak 100% walaupun berpantang di rumah mak. Dia pun ada kerjanya juga.

Bermula bangun awal pagi, rebuskan air untuk ummi mandi. Sediakan sarapan untuknya secukupnya. Pastu pergi kedai kopi beli nasi berlauk@nasi kerabu@kuih muih .....buat si anak-anak makan pula.

Take rest kejap. Pastu ambil kain baju baby yang dipakai semalam and then basuhlah... Pastu tengok pula kain baju anak2 dalam basket tu, kalau dah penuh terus campakkan dalam mesin basuh.

Pastu uruskan anak2 supaya mandi lepas mereka sarapan pagi.

Kiranya dalam sepagi hingga tengahari buat kerja tu jer...tiba tengahari dekat zohor baru dapat rest....fuihhhh....penat weh...tak hairan kalau tidur boleh berdengkurrrrrr!!!!

Syukran ya Rabbi kerana memberikan abi masa yang lapang!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.