Sunday, January 15, 2012

psikologi vs jin

Post yang lepas, abi ada menceritakan tentang 'azan' dapat halau@kick iblis keluar dari badan. Kali ini abi nak kongsikan peristiwa yang berlaku ke atas anak murid abi pada 2 minggu lepas.

Kisahnya bermula apabila seorang pelajar perempuan meraung (histeria lah tu) depan kelas. Sekumpulan guru termasuk abi bergegas ke tempat kejadian. Puas ditenangkan pelajar tersebut tapi tak juga reda. Sehinggalah ada seorang di kalangan guru berkata "kita lepaskan saja budak ni, kita lihat ke mana dia nak pergi"...

Bila dilepaskan pelajar terbabit, maka dia (makhluk tu) bergegas ke arah suatu bukit yang tak jauh dari kawasan sekolah. Katanya dia nak pergi ke kawasan di sebalik bukit. Mungkin itu tempat tinggalnya. Terpaksalah abi termasuk 2 orang guru lagi kejar pelajar tersebut sehinggalah kami sampai ke kaki bukit dan menahan pelajar terbabit daripada ke sana. Huh! penat weh sebab lama dah tak bersenam!

Abi dan kawan2 cuba untuk berdialog dengan 'makhluk tu' tapi dia enggan memberi kerjasama sehinggalah abi dapat memujuknya dengan kata2 yang manis untuk membawa perbincangan dengannya di kantin memandangkan kaki bukit itu tidak sesuai untuk perbincangan. Dia bersetuju dan abi membawanya ke sana.

Berbagai-bagai persoalan kami cungkil untuk mengetahui dan mencari maklumat sebenar. Hasil siasatannya 'dia' berkenan@jatuh cinta dengan pelajar terbabit. (entah ya entah tidak sebab jin terkenal dengan bohongnya). Last sekali abi menyuruhnya keluar dengan cara baik tanpa apa2 siksaan dengan erti kata lain tak halaunya dengan ayat Al Quran. Abi buat perundingan!

Alhamdulillah 'dia' bersetuju dan telah keluar melalui kaki selepas kiraan 1 2 3...
Allahu akbar!

Terima kasih kepada guruku Syeikh 'Aisy (Jordan) Ustaz Azrin & Abang Idris (Miri) atas ilmu yang dicurahkan suatu ketika dahulu.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.