Saturday, March 17, 2012

al wada'


Seusai solat Subuh abi n ummi bersiap sedia untuk ke lapangan terbang Kuala Terengganu. Dijadualkan ummi akan menaiki pesawat MAS jam 1005 pagi nanti. Jam di tangan dah masuk jam 730 pagi. Bergegas abi untuk menghidupkan enjin kereta.

Kali ini ummi terpaksa melangkah kakinya ke bumi Sarawak lagi demi menunaikan kewajipan sebagai seorang pendidik Bumi Kenyalang. Ummi tak dapat lagi bertukar atas platform Guru j-QAF yang dikatakan agak sukar untuk bertukar dan berbicara buat masa kini.

Entah apa kesudahannya nanti....kita lihatlah nanti. Ummi dengan hati yang berat terpaksa meninggalkan seorang bayi berumur 3 bulan dan seorang anak laki berumur 3 tahun kepada ibuayah abi. Yang 2 orang lagi tu abi yang jaga. Itulah nasib kami sekeluarga. Berpisah. 2 di Kelate, 3 di Setiu dan 1 di Miri. Famili 3 penjuru.

Namun, bukan abi dan ummi saja yang menghadapi situasi sebegini. Banyak lagi kes2 seperti ini yang berlaku terutamanya kepada guru2. Bila bersembang dengan kawan2 pasal berjauhan suami-isteri-anak2, ada satu cerita tu.....suami dan isteri serta anak2 terpaksa berjauhan selama 4@5 tahun. Tapi yang sakit hatinya bila kita dengar ada2 jer guru yang masuk ke negeri yang susah orang nak masuk spt Kelantan dan Terengganu. Abi boleh bagi tabik spring 5 x kpd Kerajaan Thailand kerana kes sebegini jarang berlaku di Thailand dan kerajaannya memandang serius kes seperti ini.

Ada juga kes berjauhan suami-isteri ini boleh menghuru harakan rumahtangga. Satu kes yang abi dengar dari PPD, seorang isteri merayu agar ditempatkan berdekatan dengan suaminya, jika tidak, dia akan diceraikan. Allahuakbar! sampai begitu sekali isteri dibuat suami.

Pihak berwajib haruslah memandang berat kes2 berjauhan suami isteri ini agar ianya tidak menimbulkan fitnah. Bukankah menolong saudara dalam kesusahan itu mendapat pahala? Ketepikan soal perbezaan politik dan ideologi. Yang penting bantulah mereka demi qualiti pendidikan negara!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.