Tuesday, January 29, 2013

Rotan jalan ke syurga

Rotan adalah sebaik-baik alat untuk sampai ke syurga. Mengapa demikian ?? Tidak bolehkah benda lain ?? kayu ke...besi ke...dll..

Ya itulah sebaik-baik alat untuk mendidik dan mentarbiah anak-anak waimma anak kita atau anak didik kita. Lihatlah guru-guru era 70 an - 90 an mendidik murid mereka. Tidakkah mereka ini memiliki rotan setiap seorang ?? itulah senjata yang ampuh untuk mendidik dan melembutkan hati-hati khususnya dalam membina insan yang berdiplin dan bersahsiah luhur.

Tidak hairanlah orang-orang zaman dahulu walaupun tidak berpelajaran tinggi tetapi mereka ini mempunyai budi pekerti yang luhur. Tahu menghormati guru-guru, orang-orang tua malahan ibubapa mereka. Itulah hasil yang lahir daripada sebatang rotan.

Pernah anda merasa rotan ?? Jika ya, anda adalah seorang yang bertuah kerana menerima proses tarbiah daripada sebatang rotan.

Ingat dengan rotanlah kita pandai mengaji alif ba' ta'....


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.