Wednesday, January 9, 2013

warden asrama





suasana rocall di pagi jumaat

Kini dah masuk hari ke 9 abi jadi warden asrama. Kalau nak kira dah lama bersara dari arena warden ni. Tapi apakan daya seruan kembali semula daripada pihak pengurusan untuk abi berkhidmat sebagai warden asrama pada tahun ini.

Tak taulah abi daya ke tak daya nak layan karenah bebudak ni. Umur dah makin meningkat. Badan pun sakit sana sini. Naik tangga asrama yang tiga tingkat pun dah rasa sempuk. Tak dapat nak bercakap bila panjat tangga tinggi.Bila dah 5 minit berlalu barulah dapat bercakap dengan orang! Dah tua pun abi ni....

Kali ni ditugaskan untuk menjaga asrama & bebudak rumah Kuning. Asrama rumah kuning sini dipanggil Abu Bakar As Siddiq. Nama tu abi & the geng yang mula2 letak nama. Kalau Umar Al Khattab mewakili rumah merah, Ali Abi Talib mewakili rumah hijau dan Uthman Al Affan mewakili rumah biru.

Ya Allah abi mohon kekuatan daripadaMu untuk bekerja sebagai warden asrama pada tahun ini. Amin

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.