Thursday, February 28, 2013

misteri

astaghfirullah ....abi menarik nafas panjang apabila sekumpulan pelajar perempuan menunjukkan kepada abi satu kantung kain yang mengandungi beberapa bahan seperti paku, kuda laut dan biji buah. Benda tersebut dijumpai berada dalam bantal asrama pelajar perempuan.

Soalnya untuk apa benda ni dibuat? Angkara siapakah ni?

Dalam soal ni abi percaya bahwa benda ni diwujudkan adalah bukan niat kebaikan. Mesti ada sesuatu niat yang tidak baik oleh si pembuatnya. Mengapa berlaku ? mengapa memilih jalan ini ?

Kebanyakan orang di sini semuanya beragama Islam, yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi sayangnya masih lagi percaya kepada benda yang karut marut. Dengan erti kata lain khurafat. Awas! khurafat boleh membawa kepada SYIRIK!

Apalah gunanya jika kita benci membenci terhadap seseorang di dunia ni. Mungkin apa yang dia dapat adalah rezekinya kali ini. Kenapa kita harus menghukum orang tersebut?? Seharusnya kita redha dengan ketentuan Allah. Buat apa nak pertikai percaturan Allah ? Tepuk dada tanyalah iman, bukannya tanya BOMOH.

Abi amat sedih kerana masih lagi bangsa MELAYU ISLAM  hari ni masih lagi dimomokkan dengan unsur khurafat ini. Tinggalkanlah kepercayaan karut marut itu kerana ianya mengundang bahaya kepada si pembuatnya. Kalau bukan di dunia, maka padahlah dia di akhirat kelak.

 sebuah beg kecil yang berisi benda2 aneh

 inilah dia bahan2 yg digunakan dalam proses perbomohan

Kepada si pelaku tersebut, jika membaca entri ini abi mohon agar kembalilah ke pangkal jalan. usah diulangi lagi perbuatan tersebut. Bertaubatlah. Mana tau jika esok kita meninggal dunia, amalan kita tidak diterima Allah. wal 'iya zubillah min zalik.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.