Saturday, July 20, 2013

Cerianya mereka

Ramadhan Kareem....

Oh anak2 abi....kekadang mengeluh juga pabila melihat anak2 ni berpuasa. Seolah-olah macam orang yang tak berpuasa. Si along dan si angah asyik bermain, bergaduh, berteriak sana sini dan macam2 lagi. Tak penat ke budak2 ni????

Seingat abi masa budak2 dulu, bila tiba je time puasa, lemah lentok sebab tak tahan. Kalau boleh tido, nak tido sepanjang hari dan tak nak buat kerja lain. Tapi heran betul dengan along dan angah ni,abi membebel hingga habis air liur ni pun tak juga dihiraunya. Memang tak boleh dok diam.

Betul orang kata, zaman kanak2 ni penuh dengan MAIN saja. Semua benda nak dimainnya. Tak kira masa dan tempat. Bila dah penat baru tido....






gambar kenangan semasa cuti sekolah yg lalu. Bersiar2 di Taman Tema Air Tengku Anis, Kota Bharu.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.