Thursday, May 22, 2014

siap

Minggu ni adalah minggu exam bagi bebudak SAIS. Tak ada aktiviti sekolah. So, minggu ni juga takde gangguan bagi abi untuk fokus membuat soalan2 exam. Syukur semua soalan dah siap hari ini. 

Sambil2 jaga exam sempat juga fikir soalan exam. Laptop ni tak dapat dipisahkan daripada abi. Ke hulu ke hilir abi bawa bawa hatta masuk kelas sekalipun. 

Alhamdulillah jiwa tenang minggu ini.

Hari ni juga budak2 form 5 menghadiri kem subjek di Marang. Nasib baik tak terlibat. Mungkin sebab tak ngajar kot. 

Cuma satu jer tak sedap didengar bila tiba time exam ni. Cikgu lambat masuk kelas. Ada juga yang tak masuk lansung dek lupo!!hu hu..

Boleh masam muka cikgu2 yang dok jaga exam ni bila cikgu lain lambat ganti tempatnya. Nasib baiklah takder cikgu yang merajuk tinggal kelas begitu jer. Sehinggakan ada antara cikgu tu melahirkan rasa tak puas hati dalam wasap group cikgu....Sabar jer lah cikgu. Jangan gaduh sudah...

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.