Wednesday, October 29, 2014

Rasukan

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk menghirup udara segar dalam menjalani ibadah harian selaku hamba Allah SWT di muka bumi ini.

Banyak sangat perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang Oktober ini. Tak sempat nak update. Al maklum sibuk dan buat2 sibuk. Hanya sempat berwasap dan bertelegram. FB tak dilupakan.huhu....dunia belako!!!

Satu benda nak kongsikan di sini ialah berlaku ke atas seorang pelajar lelaki yang telah dirasuk oleh makhluk halus. Lewat maghrib beberapa pelajar lelaki datang menerjah rumah abi dan kebetulannya abi baru sahaja selesai mengarahkan bebudak di asrama turun solat ke surau.

Pelajar itu yang abi namakannya murid S  (bukan murid ssumbak) dalam keadaan menangis. Tak sedarkan diri. Bila ditanya lalu dijawabnya dia ingin pulang dan menunjukkan ke arah bukit di belakang flat.

Selepas beberapa ketika abi memulakan rawatan dengan ruqyah syar'iyyah. Dalam keadaan tubuh badan yang lemah dan penat abi meneruskan juga bacaan rawatan. Ternyata tidak memberikan kesan ke atas murid S itu.

Berfikir beberapa detik, lalu abi menyuruh tiga orang budak lelaki yang ada kat situ supaya azan secara bergilir-gilir. Alhamdulillah 'benda' tu dah keluar disebabkan kepanasan aura azan itu.

Murid S diberikan air jampi untuk diminum dan disapukan minyak wangi As Syifa' di badan.



 




2 comments:

data:comment.author/> said...

nk balik bui la dio balik... handerrrr

data:comment.author/> said...

bui dah dio balik...tak maghi2 dah pastu...

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.