Thursday, December 4, 2014

bertukar selera ke Saujana

Petang semalam, selepas ummi menghantar pesanan Susu Halibs kepada customer, terus abi langsung ke Kg. Saujana. Melimpasi Kampung Banggol serta menyusuri beberapa kampung lain lagi seperti Beris Tok Ku. 

Nak tukar selera makan malam. Asyik makan sekitar Permaisuri dan Guntung jer. Kali ni pusing2 di sekitar Saujana dan terjumpalah sebuah restoran di tepi jalan raya utama. 

" Bagi ambo teh 'O', milo dan aor sejuk "
" makenye.... kuih teow goreng dan nasi aye " itu saja.

Dari segi makananya, boleh lah. Not bad omputih oyat. Yang lain2 abi tak pasti. Cuma bagi ummi dia masih lagi tiada selera dengan menu yang disediakan di situ. Si angah yang order nasi ayam pun, dia kata ok jer. Sedap. Ummi, eerrrmmm, masih lagi dia dok oyat masakan di kedai makan kat Guntung la yang paling sedap baginya. Meehoon celup. RM4.50 semangkuk.

 Memang abi tak nafikan kat situlah yang paling sedap juga bagi abi. Congratsss kpd "Mak Da" and kru2 nya sebab berjaya menambat hati kami sekeluarga dengan menu tersebut.Dan ada juga beberapa kawan abi yang lain akui memang sedap menu tu bila dah dimakan.

gambar hiasan. 
Ada iras2 beginilah meehon celup Mak Da

So, ini jer menu abi waktu malam. Jarang dah loni makan nasi a.k.a berat sebab dalam misi nak kurus@turunkan berat badan.Makan nasi pun sekali sehari jer. Segemgam atau dua genggam dan tak lebih dari tu. (Maaf..ini bukan program JK1M -jom kurus 1Malaysia di bawah kelolaan Kevin Zahri)ini program abi sendiri untuk menjaga kesihatan tubuh badan....

Ok...jumpa lagi pada next entry..
wassalam.



No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.