Saturday, April 18, 2015

bertempur lagi

Alhamdulillah segala puji Allah Tuhan sekelian alam yang telah memberikan nafas kepada abi lagi.....

Citer minggu lepas,agak basi tapi nak kongsikan juga pada entri kali ini utk tatapan pengunjung dan generasi abi.

Usai solat Maghrib, abi dikejutkan dengan deringan nada hp daripada PKHem. Katanya ada pelajar yang pengsan td masih tak sedarkan diri walaupun dah sebotol air dimasukkan kepadanya di hospital td. Dia minta abi ke asrama puteri untuk melihat keadaan murid tersebut.

Sebaik sahaja menghantar anak abi ke kelas tambahan, bergegas pula ke bilik pesakit di mana murid tersebut di tempatkan. Dimulakan dengan salam kepada pesakit beberapa kali. Tiada jawapan. Dipanggil nama pun tiada jawapan.

Lalu abi menruqyahkannya dengan al fatihah. Berlaku tindak balas. raungan ringan pada pesakit. Habis bacaan al fatihah abi memberi inzar "warning" kepada makhluk yang bertapak di tubuh supaya keluar ikut arah kaki kiri. Ada respon dan kaki pesakit terangkat dan seolah2 kekejangan. Tanda2 awal jin mahu keluar.

Dengan kiraan satu hingga tiga abi menyuruh jin tersebut keluar daripada tubuh pesakit. Ada tindakbalas dan seolah selepas tamat kiraan yg ke 3, kaki tersebut tidak kejang lg. Fikir abi benda tersebut telah keluar.

Abi menyeru nama pesakit beberapa kali dan matanya mula terbuka. Riak wajahnya masih keletihan.Beberapa kerlipan mata dibuka dan terus tertutup lagi. Abi mengajarkannya supaya membaca al fatihah sambil dibimbing oleh abi. Ternyata suaranya tenggelam timbul. Masih keletihan mungkin.

Beberapa soalan ditanya kepada pesakit dan antaranya ada rasa sakit tak.....pesakit menyatakan rasa sakit di kaki. Perasaan abi mulai curiga. Samada makhluk tersebut masih ada lagi. Abi melakukan scanning buat kali kedua dan ternyata ada tindakbalas. Inzar @ warning kali kedua diberikan agar tidak menyakiti anak adam. Selepas itu dibaca al fatihah lagi dan kali ini makhluk tersebut terkesan dengan "ihdinas siratol mustaqim"...abi mengulangi beberapa kali untuk diazab. Diikuti pula dengan azan....

Nampak ada kekejangan berlaku di kaki dan rasanya makhluk tersebut bukan seekor dua bahkan ramai. Mungkin yang pertama td keluar kerana tak tahan sakit dan diazab. Tinggal lagi yg gedebe2 a.k.a samseng.

Rawatan berlaku lebih kurang sejam dan pesakit masih menunjukkan badan yang lemah dan tak bermaya. Pesakit dibawa pulang oleh ibubapa dan abi memesannya supaya dirawat sekali lg oleh mu'alij Islam (perawat Islam).

wallahu 'alam.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.