Sunday, April 19, 2015

kita dan bunga

Semasa kita kecil,kita tiada daya upaya.Mengharapkan ihsan dan pertolongan daripada sekeliling kita. Sentiasa berselimut kerana takut terdedah dengan angin yang sejuk....

Apabila kita besar dan dewasa,kita lah yang mencorakkan hidup.kita mengenakan pakaian yang mahal2. Memakai wangi2an. Semua orang akan terpikat dan terpesona dengan kita. Kita disukai oleh semua orang. Ramai yang memuji tentang kecantikan kita.

Masa terus berlari dan berlalu. Yang cantik dan indah takkan kekal. Yang muda akan jadi tua. Yang gagah akan jadi lemah.Usah berbangga dengan diri kita. Kalau dulu kita dapat berselfie,bergambar dan macam2 aksi lg....tapi bila dah tua kita akan hilang semua tu. Selera dah tiada.Sedikit demi sedikit nikmat kita akan ditarik.

Selagi kita dapat makan, makanlah.
Selagi kita dapat membeli pakaian2 mewah, belilah.
Selagi kita dapat ke hulu ke hilir dengan kereta, pergilah.
Selagi kita dapat bersuka ria dan berparty, enjoylah.

tapi kita kena ingat...

pakaian kita yang terakhir adalah kain kapan.
kenderaan kita yang terakhir adalah keranda.
rumah kita yang terakhir adalah liang lahad.

Inilah dunia yang fana!

lokasi penggambaran bunga:
tapak Surau At Taqwa, SAIS

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.