Monday, June 29, 2015

abi dan ummu sibyan

Lewat senja seseorang menelefon abi dan mohon disetelkan seorang bayi terkena gangguan. Abi pada masa tu tengah melahap satay di kedai satay Baung. Mujur sempat dihabiskan dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Abi membuat rawatan di sebuah surau Surau At Taqwa, SM Sains Setiu. Memang pada masa tu, Maghrib dah masuk dan abi belum sempat untuk solat lagi. Memandangkan si anak tadi menangis tanpa henti2, abi melewatkan sedikit untuk solat dan meneruskan rawatan.

Si anak tadi atas dukungan si bapa. Abi bacakan pada anak tersebut beberapa ruqyah syariyyah. Tiada kesan atau apa2 respon. Pelik. Pada mulanya abi dapat rasakan bhw mmg si anak tadi terkena gangguan.

Abi mendukung si anak pula dan mula menruqyahnya semula. Dengan laungan azan alhamdulillah si anak tadi berhenti menangis. Abi meneruskan azan hingga akhirnya. Selepas itu diikuti dengan ayat al kursi.

Ketika mana abi sedang bacakan ruqyah tadi tu, abi seolah2 ternampak satu  kelibat hitam berlari sekuatnya dan hilang di sebalik tiang surau.Abi buat tak tau jer.Biarkan lah. Yang penting si anak tadi sudah berhenti menangis setelah hampir dua jam menangis tanpa henti.

Siapa yang kacau dia?
Memang makhluk halus la yang kacau si anak tadi. Ada sejenis makhluk halus yang bernama 'Ummu Sibyan' yang suka mengacau anak2 kecil. Jadi untuk menghalaunya bacalah laungan azan diikuti bacaan al fatihah dan ayatul kursi.

Insya Allah makhluk tu akan lari meninggalkan si anak tadi.

wallahu'alam..yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kekuatan adalah daripadaNya jua.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.