Thursday, August 20, 2015

abi n kuey teaw

Bismillah..thummal hamdulillah..

Pagi semalam dapat bangun awal. Mungkin tido awal kot. Isya' pun solat lewat. Bangun di sepertiga malam dah. Badan penat sangat2. Bangun pagi dapat la buat sesuatu anak2. Jarang berlaku dalam sejarah hidup abi, sediakan makanan pagi terutamanya yg berat2 utk anak2 ke sekolah. 

So pagi semalam, berbekalkan ilmu memasak  yang ada abi jadi chef beraksi di dapur untuk masak @ goreng kuey teaw. Memang simple sangat penyediaannya tapi itulah yang selalu dipuji oleh anak2.Bahannya tumis bawang putih sahaja dan masukkan kicap dan sos cili secukup rasa.  Anda pernah buat ??? he he he....itulah resepi segera. Memang sedap. Tak percaya sila buat. Semudah itu kan ? 

Tapi kalau korang nak buat best2 lagi, boleh la masukkan sayur sawi ke, udang ke , ayam ke, dan lain2 lagi lah kalau nak...eksosori . Tapi kalau anak2 ni jarang sangat yang suka makan sayur dan seumpamanya.

Itulah rahsianya nak menambat hati anak2 . Anak2 abi memang suka la time abi masak kue tiaw ataupun mee goreng. Mee goreng lagi la diorang suka. buat atau goreng macam ala2 basah ckit tu. Memang gaduh la diorang berebut mee goreng tu. kih kih kih...

ok la cukup sampai di sini sahaja citer semalam. Apa pun yang kita buat kalau untuk anak isteri kita InsyaAllah berpahala dan termasuk dalam amal soleh. Walaupun apa yang kita buat tu sebesar zarah atau sekecil biji kacang tetap akan dinilai di sisi Allah SWT.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.