Tuesday, March 15, 2016

Bahana Putus CiNtA



Seorang murid datang berjumpa dengan abi dan meminta petua macam mana nak melupakan seseorang yang satu ketika dulunya merupakan kekasih. Puas dirinya cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya datang berjumpa dengan abi.

Abi memberikan beberapa petua, antaranya :

1) Jauhi kekasih tersebut. Sedaya upaya jangan berjumpa dengannya walaupun seketika. Berjumpa dengannya akan memberikan dan mengembalikan ingatan anda semula terhadap memori yg lalu. Kalau boleh jauhi rumahnya dan jangan sesekali melintas di hadapan rumahnya.

2) Jika ada barangan yang berupa hadiah daripada kekasih, segera hilangkannya daripada pandangan. Jika perlu dibuang, buanglah. Kerana itu lebih baik untuk menghilangkan ingatan. Jika tidak, hadiah itu akan mengingatkan semula kenangan anda bersamanya.

3) Sedaya upaya jika ada di kalangan rakan anda yang membicarakan tentang bekas kekasih anda. Katakan TIDAK lagi. Dan cakap jer tak tau pasalnya lagi. Dah putus hubungan. Jangan berselindung. Tetapi anda harus ingat anda mesti menjaga maruah diri bekas kekasih anda. Jangan membuka aibnya di hadapan orang ramai. Hak seorang muslim adalah menjaga aib saudaranya.

4) Lakukan aktiviti yang berfaedah seharian. Fokus pada pelajaran. Sematkan dalam hati aku ada cita2 yang dikejar. Perempuan boleh dicari.Perjalanan hidupku masih jauh lagi. Jangan hidup sendirian. Tiada kawan. Cari kawan untuk bergurau dan bermain.

5) Yang paling penting sekali adalah hubungan anda dengan Allah SWT. Lakukan ketaatan kepadaNya. Perbanyakkan amalan sunat seperti puasa sunat, solat2 sunat. Booster kepada masalah yang dihadapi ini adalah anda perlu bangun malam. Bercakap dengan yang menciptakan diri anda! ALLAH. Kita ada ALLAH. Ajukan soalan dan rintihan kepadaNYA. InsyaAllah DIA MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNya. Bermunajatlah disepertiga malam kerana itulah kekuatan kita sebenarnya.

Jika kita mampu untuk bangun pada malam hari, bermakna kita adalah orang yang kuat melawan ujian dan tribulasi dunia yang ada. InsyaAllah.

Wahai anakku, abi doakan semoga anda berjaya mengatasi masalah hidup anda dan diberikan kekuatan olehNYA . Ingatlah kita ada Allah dan Allah lah tempat mengadu.

Abi doakan semoga anda berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.