Saturday, June 25, 2016

Hidup saling memerlukan...

Usai Solat Fardhu Jumaat abi dihampiri oleh salah seorang jemaah. lebih dikenali dengan panggilan Pak Teh. Beliau menjemput abi serta anak2 untuk bersungkei@berbuka puasa di surau Pok Kancil Dalam. Sempat juga kami berborak2 pasal surau tu dan pasal solat terawih. 

"surau kami takde ustaz kat situ. Yang ada pun hanyalah kami yang tak mengaji ilmu agama ni. Cukup belajar sampai kelas 6"...jelas Pak Teh.

Abi cuma dapat menganggukkan kepala tanda mengiakan apa yang dikata. 

"Kalau dulu ada juga seorang ustaz pondok yang datang mengajar ke surau kami, tapi sekarang nitakde lagi. Jadi kalau dapat ustaz berikan kuliyah ker kpd kami bagus juga", ujarnya lagi. Dari riak wajahnya terpancar satu sinar harapan agar abi dapat menjadi tenaga pengajar di situ untuk mengisi masa yang ada.

Abi hanya kaku dan mampu berkata "InsyaAllah" . Walaupun diri abi tak sehebat seperti mana penceramah2 lain tapi sekurang2 nya abi dapat berkongsi ilmu yang ada dengan orang2 kampung.Nak kata pandai tu tidaklah, hanya mampu membezakan antara huruf alif ba' ta' dan tahu baris bawah dan atas.

Dekat maghrib,kira2 25 minit lagi untuk azan semua jemaah yang hadir turut sama2 bertahlil sementara menunggu waktu berbuka. Alhamdulillah ramai yang hadir. Abi rasakan kehadiran melebihi 50 orang jemaah lebih. 

Kesatuan orang2 kampung kat sini memang boleh dikatakan gred A lah...semuanya dapat memberi kerjasama untuk membawa satu set juadah berbuka puasa atas satu keluarga. Memang boleh tabik. Budaya yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa masih ada lagi. Yang ni memang sejajar dengan hadis nabi bhw orang yang memberi makan kpd orang berpuasa akan dapat pahala sama seperti orang yang berpuasa. 

Beginilah hidup bermasyarakat.Terpaksa turun untuk bercampur gaul. Tak boleh hidup seorang2 hanya kita dan anak isteri kita...Suatu masa nanti kita pasti akan memerlukan antara satu sama lain. Paling tidak pun, kita kena fikir, jika salah seorang daripada anggota keluarga kita yang meninggal dunia, adakah kita mampu untuk menguruskan mayat seorang diri??? Sudah tentu tidak bukan.Tepuk dada tanyalah hati dan iman. 




persediaan sebelum berbuka. ahli jemaah mengisi ruang yang ada


Imam Masjid Putera Jaya mengetuai tahlil 

antara hidangan yang dibawa oleh salah seorang jemaah yang hadir

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.