Saturday, June 25, 2016

Imam Surau Al Falah, Pak Kancil dipatuk ular

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...

Malang tak berbau buat adik tahfiz kat Surau Al Falah yang juga imam solat terawih kat situ kerana dipatuk ular di kakinya malam td semasa menuju ke surau.  Belum sempat "Umayr" mendirikan solat Isyak bersama jemaah yang hadir, Allah menguji dirinya dengan kesakitan dalam bulan Ramadhan ini.  Moga Umayr segera sembuh.amin.

Sebelum ni, abi dengan adik Umayr lah yang bergilir2 untuk mengimami solat Isya' dan teraweh kat surau tu. Tapi malam tadi terpaksa lah menjadi imam tetap  sampai ke witirnya. Mungkin malam ni pun rasanya akan jadi imam pulak. Nak buat guaner?? Mugo awok2 kat situ takmmboh jadi imam. Terpaksalah kita yang dianggap pandai beragama ni ke depan. 

Ya Allah berikanlah kepadaku kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat...amin



No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.