Tuesday, June 21, 2016

Sebahagian daripada mereka

Bila abi asyik solat di surau tu, maka abi dah jadi sebahagian daripada mereka dah. Alhamdulillah abi diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi imam dan menyampaikan tazkirah. Kini dah masuk malam yg ketiga abi jd imam kat situ bergilir dengan seorang lagi budak tahfiz dari Madrasah Kabang Pujut.

Memang tak sangka pulak hati abi boleh melekat kat situ. Surau dekat rumah tak dikunjung pulak tapi pergi yang jauh. Huhu...nok wat camner...hati lebih aman tenteram kat sana. Nak wat amal tak boleh dipaksa2 kan? Bumi Allah ni memang luas. Pergi lah ke mana sahaja untuk beribadat nescaya akan diterimaNya.

Orang yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal tadbir Surau Al Falah tu adalah Hj. Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Hj Lah. Cool orangnya. Seorang yang dah berusia. Perkiraan abi umurnya dekat 70 an. Pencen pegawai felda. 

Malam ni,usai solat terawih pakat duk bincang nak buat iftar jamaie. Tengah cari kata sepakat bila tarikh yang sesuainya. Kita yang baru ni senyap je lah. Tak nak menyampuk depan orang lama. Hanya sekadar menghadirkan diri pun cukuplah. Nak bermasyarakat katakan!Nanti dipandang serong dan sombong pulak! wal'iyazubillah min zalik.

Ok lah malam dah lanjut. Semoga dapat mimpi2 indah terutamanya mimpi jumpa Rasulullah. Amin. 

Selamat bersahur!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.