Sunday, July 10, 2016

Adakalanya doa kita KIV

Rasa liat juga tubuh ni untuk memulakan kerja selepas seminggu bercuti raya. Mungkin dah jadi lembab sebab makan kuih raya yang banyak.huhu...Nasib baik anak2 tak berona time bangkit daripada tidur. Risau juga sebab hari pertama persekolahan slpas cuti. Awal2 sebelum tidur abi dan ummi dah pesan pada pada angah dan achik supaya bangun awal sbb esok sekolah. Bagi peringatan mesra!

Tiba di tempat kerja dapat kawan2 yang ceria. Ada yg berbaju raya.. Warna warni lagi. Biasanya cikgu pompuan la. cikgu laki biasa2 jer. Tiba di meja ada bungkusan plastik dan dalamnya ada buah ...oh lama tak merasa buah ni. Dulu pernah bersungut dalam hati terasa sangat nak makan buah ni. Awal tahun ni rasanya...kini dah dapat apa yang dihajati. Datangnya daripada seorang hamba Allah.

"Benda yang kita bersungut@berdoa Allah tetap dengar walaupun ianya datang dari lubuk hati yang penuh dengan noda dan dosa. Sampai satu masa nanti Allah akan maqbulkan. Belum lagi kita berdoa bersungguh2 atas tikar sejadah dan dalam keadaan berwudu'."

 Mungkin apa yang kita doakan tu, Allah Ta'ala campakkan kepada seseorang dan menjadi asbab untuk dia tolong atau hulurkan bantuan. Kalau bukan kerana Allah nescaya hatinya takkan terbuka untuk bergerak ke arah itu.

Memang betul lah firman Allah yang bermaksud: 
"Apabila seseorang hamba itu berdoa kepadaku, sesungguhnya aku ini amat dekat dengannya....aku akan maqbulkan apa yang dia hajati@doakan..."

# KIV =keep in view = tangguh 



No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.