Thursday, February 2, 2017

Koya@perasan

Pernah dengar tak perkataan koya? Koya tu macam perasan la. Pernah tengok tak orang koya lebih ni sekeliing kita? Mesti ada kan. Mustahil takde sebab syaitan tu ada.Sebab koya tu datangnya daripada syaitan.


Bila koya ada, maka macam2 perasaan ada@maghi.Maghi perasaan paling comei, smart, kaya,hensem,pandai,bijak,dan macam2 lg...



Kalau manusia ada perasaan koya macam ni maka dia akan rasakan dirinya lebih daripada orang lain. Dia lah segala-galanya.Orang lain tak lebih daripada dia. 



Bahayanya koya ni kerana ia boleh bawa kepada ujub pada diri sendiri. Bila ujub ada maka sah la Allah tak suka benda begini. Mana boleh nak ujub pada diri sendiri. Berdosa tau! 

Hasil carian imej untuk riak ujub

Syaitan ni kerja dia hari2 duk cocoh manusia spy riak dan ujub. Hatta syaitan ni pun boleh masuk ke dalam hati orang2 alim. Duk cucuk hati mereka spy rasakan diri merekalah yg paling alim.Orang lain tak alim. fuhhh....nauzubillah min zalik.


Kalau hok jenis muka putih sikit, syaitan akan masuk dalam hatinya spy rasakan dia lah yg paling comei. Comei drp lebih orang lain. Hari2 duk amik gambar @ selfie muka dia drp pelbagai sudut yg berbeza. Tu la kijoaan orng perasan koya lebih. Kalau duk depan cermin berjam2 tengok muka dia..start daripada rambut hinggalah ke dagu...huhu dahsyat sungguh orang koya ni...membazir masa gitu jah. 



Kalau hok jenis pandai@cerdik pulak, koya dia lebih pandai drp orang lain. Dia rasa dia jer yang betul. Orang lain tak betul.Ada tikanya dia tak terima pendapat orang lain. Pendapat dia jer yang betul.Orang macam ni kalau ada di sekeliling kita memang haru biru...



Moga Allah jauhkan kita semua daripada penyakit koya ni. 



#koya ni adalah perkataan yg digunakan di sebelah pantai timur.Ia berbeza drp "khayal" dalam Bhs Melayu.





No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.