Saturday, February 18, 2017

RM60 ?

Mahalkah RM60 untuk selamat dunia dan akhirat?
Saya terbaca luahan hati pekerja agama (amilin) yang saban waktu kerjanya adalah percuma. Sepenuh masa dia bekerja mengorban masa untuk agama tetapi dia dikerah untuk mencari redha Allah. Sedangkan dia manusia biasa tidak mampu ambil apa-apa barang dikedai percuma dengan khidmat baktinya.
Teringat saya kepada satu sketsa kehidupan saya. Sketsa yang menceritakan tiada percuma di dunia ini. Pasti ada upahnya. Cuma upahnya segera atau dikemudian hari. Bezanya sesuatu yang kemudian hari selalunya dianggap percuma didunia ini.
Bezanya upah kepada seorang pedagang atau peniaga berbanding petugas atau pekerja agama. Bekerja dengan ilmu agama. Selalu dicop sebagai penjual ilmu agama. Lebih dahsyat dianggap sebagai penunggang agama. Kerana dia guna ilmu agama untuk menampung keperluan hidupnya.
Sketsa sebuah cerita... Cerita nilai ubat penyembuh dan ilmu agama penyelamat. Satu berharga dan satu percuma. Ubatan ada harga. Nasihat agama percuma. Siapa boleh mentafsirkan nasihat itu seumpama ubat? Jika ia berharga pasti ia berharga dengan nilai dunia. Ubat? Bolehkah semua sepakat akui bernilai dunia. Harga barang dan ubatan lebih mahal daripada ilmu agama.
Sayang, nasihat bukan ubat. Ia penawar, dia tiada nilaian duniawi. Ia bersifat ukhrawi. Sepatutnya nasihat itu mahal harganya. Ada nilaian lebih baik daripada apa saja ubatan duniawi walau namanya madu, akar kayu, herba atau apa saja namanya. Walaupun ilmu ukhrawi yang memandu kepada keselamatan dunia dan akhirat tetapi anutan sekular merubah harga ilmu itu. Ia jadi tidak berharga dan dihargai. Usaha pembawa dan penyampainya selalu dikira percuma dan ikhlas semata. Berbanding dengan ubatan dunia. Mahal harganya.
Kelmarin ini ceritanya... Di satu lokasi....
Datang seorang hamba Allah yang memerhatikan saya. Dia berjalan kepada saya yang menutup pintu kereta. Saya duduk setelah berjalan terhinjut-hinjut sakit.
Hamba Allah, "Orang baru ke? Baru pindah sini ke? Tak pernah nampak?"
Saya jawab; "Sudah setahun lebih. Saya ustaz di sekolah menengah".
Hamba Allah bertanya; "kaki kenapa? Saya ada kawan jual ubat sakit gaout, Zainal namanya."
Katanya, "Ustaz nak "ubat akternatif" ke? RM60 harganya".
Saya kata, "Masalah saya tidak kenal Zainal tu. Maaflah saya tiada duit tunai".
Hamba Allah, "Alah ustaz, untuk kesihatan, rm60 berkira".
Saya membalas, "Tak, Zainal tu di mana?".
"Nanti dia datang, dia sahabat saya". Balasnya.
Dia menukar tajuk... "Lama sudah ustaz di sini?". Saya senyum saja kepadanya.
Saya ni ustaz kerja gaji rm660 je sebulan. Cukuplah untuk tampung diri saya yang sudah tua ini. Orang tua ni cakap kuat tenaga lemah. Sambung hamba Allah, lebat celotehnya.
Hamba Allah, "Ustaz, boleh saya minta nasihat?".
Saya jawab; "Nasihat saya berharga RM60 sahaja".
Hamba Allah ini membulatkan matanya kepada saya, dia merenung saya.
Hamba Allah, "Macamana boleh begitu ustaz. Ustaz nak jual agama eh?"
Saya menjawab, "Lihat plat kereta saya. Itu plat luar negara". "Jadi ketika saya bagi nasihat, nilainya antarabangsa". Harganya luar negara.
Dia menyebutnya ; "QBB 2908, ini plat negara mana ustaz?".
Saya jawab, "Sibu, Sarawak".
"Ustaz ni kenakan saya" , balasnya.
Saya jawab; "Mana berharga, rm60 ubatan untuk sihat tubuh badan dengan rm60 untuk selamat hidup dunia dan akhirat".
Dia tidak menjawab. Cuma dia kata, "Rugilah berniaga macam tu". "Nasihat pun letak harga".
Mengapa jadi begitu? Sebabnya ubatan itu satu keperluan. Sakit kena cari ubat. Kena berubat. Sedangkan keperluan kepada akhirat tidak dianggap keperluan apatah lagi tuannya sihat dan segat bugar. Bertenaga bekerja mencari dunia. Apatah lagi dia tidak merasapun dirinya sakit. Apa keperluan dia mencari ubat dan penawar untuk kehidupan akhirat.
Inilah asuhan sekular. Agama adalah keperluan akhirat. Dunia lain akhirat lain. Orang tidak nampak pekerjaan dunia adalah bekalan akhirat. Apa kata kerja agama dianggap upahnya akhirat, kita anggap kerja dunianya juga upahnya akhirat. Jual ubat harga percuma macam kerja agama. "Tutup kedailah jawabnya. Mana ada kedai percuma". Begitulah kerja agama, kalau ianya macam kerja dunia sudah tutup kedai lama, muflis.
Kerja agama juga di dunia. Hukum alam tetap berlaku kepada pembawanya. Dia perlu makan minum. Perlu upah untuk bergerak kesana kemari. Segalanya perlukan wang. Tanpa wang keperluan hidupnya jadi terganggu. Kerja dakwahnya jadi fitnah. Ubahlah persepsi kepada pekerja agama. Kerja mereka adalah percuma. Terserahlah rezeki mereka kepada Allah. Pekerja dunia rezeki mereka kepada siapa diserahkan? Kepada barangan yang dijualkan? Jawabnya rezeki mereka juga daripada Allah.
Sebagaimana pekerja dunia perlukan upah, kerja akhirat juga perlukan upah. Jika tuan mufti ada gaji, apakah pekerja agama adalah percuma? Sedangkan yang berupah itu juga mengharap redha Allah SWT.

Ubahlah persepsi kita. Selagi hidup di atas dunia. Hukum alam tetap sama.

dr FB:Ustaz Isa mat Daud

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.