Monday, March 27, 2017

dosa dan pahala

Assalamualaikum wbth ....

apa khabar semua ? Harap sihat belake.

abi nak kongsikan beberapa perkara bhw dalam hiudp seharian kita ni, kita akan terdedah dengan dua perkara. Tidak kira di mana kita berada. Tau tak apa benda tu? 

Benda tu adalah DOSA dan PAHALA. Ye betul.Kita akan terdeddah kepada dua benda ni.Bermula daripada kita bangun kita akan terdedah dengan pahala dan dosa. Kitalah yang akan mencorakkan samada pahala atau dosa. Kalau selepas daripada tidur kita mula mencipta pahala, maka pahala lah yg akan kita dapat. Camner nak cipta pahala???

Alaaa senang jer. Bacalah doa tatkala selepas bangun dari tidur. Takkan itu pun korang tak hafal. Paling kurang pun korang ucap rasa syukur. Alhamdulillah. Senang kan? Pastu pergi pula mandi dan bersihkan diri. And then pray for Allah. Itulah yang dinamakan hidup kita mula berpahala. 




Tapi kalau korang nak mencipta dosa pun senang juga. Abaikan semua tu. Jangan baca doa. Jangan solat. Ambil handset dan terus main games! Konfem dapat dosa. Sebabnya korang tak buat benda wajib. 


Bila kita berada di tempat kerja, kitalah yang akan mencipta dan mencari waimma dosa waimma pahala. Mana satu pilihan korang. Kalau nakkan pahala buatlah kerja elok2. Jangan curi tulang. check apa yang perlu disetelkan hari ni. Insha Allah pahala dapat. 

Tapi kalau korang nak cari dosa di tempat kerja, senang jer. Melepak lah dengan kengkawan tu. Borak sana borak sini. umpat sana umpat sini. Tak cukup dengan tu ajak kawan sambung bergosip di kedai roti canai mamak pula. Pegghhhh!!! puas hati dapat dosa hari ni. Kerja tak buat, buat dosa jer kejenya hari ni.




Tapi gitulah manusia kan. Setiap dosa yang dilakukan memang tak terasa kan? Kenapa tak rasa berdosa? Sebab diri tak pernah buat muhasabah. Tak pernah check diri hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. 

Kalau kita selalu buat muhasabah inshaAllah pahala akan sentiasa bersama kita dan kuranglah dosa menyelubungi diri. 

Jom cari pahala banyak2 hari ni yer!



No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.