Wednesday, March 29, 2017

Hari Terbuka Asrama

Bila sebut jer Hari Terbuka Asrama @ HTA ni bebudak SBP mesti tau. Dalam kepala otak diorang mesti ada jualan, hiasan asrama, permainan dan yang paling seronok "tidur hingga lewat malam" :) 

Bahana HTA ni bukan setakat bebudak jer kena tapi guru2 pun hampir separuh mati juga sama dengan budak2. Especially Ketua Guru Rumah@KGR. Tahun ni abi jadi KGR dan kena pastikan kelancaran HTA ni. Kena mai siang malam jengok aktiviti diorang. Kena tanya khabar apa yang diorang dah buat. Pendek kata start dari A to Z lah kena tau. 

Kalau nak harapkan kat abi sorang memang KO lah. Tp nasib baiklah bebudak ni ada yang aktif juga yang bergegas ke hulu ke hilir buat kerja. Memang abi respek la kat u all guys! U are excellent! 

But one more thing, abi want to tell u guys about pls la jgn membazir semasa menghias dorm atau kamar. Kalau ikut yang tahun2 sebelumnya memang berlaku pembaziran dalam hiasan. Ada yang menghias untuk sementara waktu shj. Seolah macam lepas batuk di tangga.Tampal sana n tampal sini. pastu tercabut terus. huhu

Kita buat yang terbaik. Apa pun perkara mesti dilakukan dengan terbaik. Umat Islam adalah umat terbaik. Kita kena tau yang tu. So, kalau kita buat kerja sambil lewa maka kita failed dalam pengurusan. Bila failed dalam pengurusan kita akan ditindas dan ditertawakan. 

Jadilah umat Islam yang terbaik dalam organisasi anda!




No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.