Friday, July 14, 2017

Adik Faiz

Saya berasa malu mendengar kisah adik Faiz bin Ibrahim, pelajar cemerlang yang mendapat 10 Mumtaz dalam peperiksaan STAM 2016. Beliau walau tidak sempurna seperti orang lain amat menjaga hubungan dengan Allah dengan selalu bersyukur padaNya.

Beliau mempunyai idola yang mana idolanya ialah sesorang yang lebih teruk kecacatan dibandingkan dengan dirinya. Beliau termotivasi dengan nasihat dan kata2 ayahnya supaya beliau belajar dengan bersungguh2 kerana beliau tidak sempurna seperti orang lain. Tanpa ilmu beliau akan dianggap sebagai sampah dalam masyarakat. Dengan motivasi tersebut, beliau berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik seperti manusia sempurna yang lain.
Beliau dari darjah 1 hingga 3 mendapat tempat terakhir di dalam kelas..darjah 4 hanya lulus 2 subjek. Darjah 5 beliau berjaya mendapat 2A...dan atas usaha yang tak pernah jemu dan tawakkal yang hebat beliau berjaya memperoleh 4A 1B dalam UPSR.

Betapa kuatnya semangat untuk berjaya dan menjadi orang yang bermanfaat dalam masyarakat.
Beliau menulis jawapan exam STAM sehingga menitik darah di dagunya.😭😭😭😭.
Adik faiz menulis menggunakan dua jari yg ditolak dgn dagu beliau...Allahu...betapa hebatnya semangat beliau dan kuatnya iman adik Faiz.

In sha Allah..adik Faiz akan menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah bawah tajaan kerajaan Arab Saudi
Kecacatan adik Faiz tidak menghalang dirinya untuk berjaya walaupun 95% urusan harian diuruskan oleh ibunya. MashaAllah..anak yang hebat dan ibubapanya juga hebat.


Disebabkan oleh cerebral palsy...adik Faiz hanya buleh menggerakkan kepala dan boleh mengangkat tangannya sedikit sahaja tanpa boleh menggerakkan jarinya.

Video ini menunjukkan adik Faiz sedang membuat demo cara menulis...menggunakan 2 jari tgn kiri dan ditolak dgn dagu...hasilnya dia menulis satu doa mohon keampunan drpd Allah utk dirinya...Allahurobbi....😭😭😭😭😭
Beliau sgt menjaga hubungan dgn Allah...dengan sentiasa bersyukur 😭😭😭.

Bagaimana dengan kita? Kongsikan kisah adik Faiz dengan anak2 kita supaya mereka termotivasi untuk berusaha bersungguh2.

copy n paste...


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.