Saturday, December 16, 2017

Mandi manda di Putera Valley, Tanah Merah

Alhamdulillah, puji dan syukur hanya padaMu....

Plan yang tak seberapa akhirnya sampailah jua kami ke Putera Valley bersama hero2 yang disayangi. Walaupun plan kelmarin tapi berjaya juga melaksanakan plan tersebut. Putera Valley yang terletak berdekatan Bandar baru Tanah Merah dan di pinggiran Sungai Kelantan adalah satu2 nya yang menyediakan kolam renang mesra pengguna (bagi abi)....

Kolam nya yang luas, dan dibahagi pula untuk kolam kanak2 dan dewasa. Yang kanak2 tu air nya tohor (setakat paras lutut je) manakala yang dewasa pula setakat paras dada. Ianya bukanlah satu kolam yang berkonsepkan taman tema air tapi hanya sekadar kolam renang.

Bagi yang kanak2 tu abi rasa selamat la juga kalau nak main kolam kat situ. Tak perlu dirisaukan. Yang dewasa pun begitu juga kerana airnya tak terlalu dalam... Kalau lemas juga tak tahu lah...hehe

Kat situ juga ada disediakan chalet2 bagi sesiapa yang ingin menginap di situ. Begitu juga ada disediakan dewan makan@kafetaria yang besar yang cukup untuk menampung satu jumlah yang besar. Adik abi pernah mengadakan jamuan hi tea untuk guru2 kat situ.

Jom saksikan gambar2.......


pintu masuk ke Putera Valley

anak2 itik jumpa air dah 

suasana di kolam renang sekitar pukul 4.30 petang 

ada benteng pemisah antara kolam kanak2 dan dewasa 

along kesejukan. baru lepas mandi. Abi jadi bodyguard. tak mandi


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.