Friday, December 8, 2017

Kem Tahfiz Anak Soleh II

Hari ni along dah dapat hafal surah Al Mulk...Sebenarnya along dah pun hafal kat sekolah agamanya. Cuma di rumah ni abi cuba untuk ingatkannya semula. Kini along, abi alihkannya pula untuk menghafal surah Luqman bermula ayat 12-19. Tinggal lagi angah yg masih menghafal ayat17 & 18 surah Al Mulk. Teruskan usaha mu nak! abi yakin angah boleh. Angah budak bijak....

Abi pun tidak ketinggalan juga untuk menghafal bersama anak2. Abi cuba fokuskan untuk menghafal lagi surah Al Kahfi. Kali ni cuba untuk habiskan satu muka surat lebih bermula ayat 1. InshaAllah moga Allah berkati usaha abi ini.

Abe Qan pula abi fokuskan untuk hafal ayat2 lazim@surah2 lazim . Alhamdulillah Abe Qan dah dapat menghafal hingga surah Al Qari'ah. Selain tu juga abi cuba fokuskan dia untuk tidak tinggal solat Subuh di musim cuti sekolah ni. Kalau waktu sekolah memang dia solat tapi tiba musim cuti ni dia jadi liat sikit. InshaAllah abi cuba untuk istiqamahkannya jaga solat subuh.

Anak2 tuan@puan bagaimana??? Didiklah mereka solat. Dengan solat mereka akan jadi kuat. Solat lah punca kekuatan mereka.

ajarilah anak tuan puan solat seusia 7 tahun lagi. Sesuai dengan gesaan dan suruhan nabi kita yang bermaksud:

"ajarilah anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun dan pukul lah mereka (jika tak solat) tatkala umurnya 10 tahun ".

Wednesday, December 6, 2017

Kem Tahfiz Anak Soleh di rumah

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua along dan angah berkem @ hafaz al quran di rumah. Kem ni atas inisiatif abi sendiri sambil mengisi masa lapang bersama anak2. Abi sendiri yang handle kem tahfiz anak soleh di rumah ni. Nak hantar diorang ke kem tahfiz seperti anak2 orang lain boleh  jer.....tapi rasa hati nak handle sendiri. Nak tengok potensi anak2 dari dekat.

Biarlah kite ni tak sehebat pusat2 tahfiz yang lain pun, janji masa bersama anak2 terisi dengan baik. Alhamdulillah diorang sambut baik dan tak memberontak.

Kem nya bermula selepas solat Subuh berjemaah bersama2. Selepas tu diorang akan mula menghafaz selama lebih kurang 40 minit - 1 jam (sesi 1), manakala selepas asar pula (sesi 2) akan diadakan sesi tasmik. Jadual nya cukup fleksible dan tak menekan anak2. Diorang bebas nak buat apa2 selepas menghafal.

Surah yang diorang hafal adalah Surah Al Mulk. Abi kalau dapat nak cuba diorang hafaz surah ni dalam cuti sekolah ni. Kalau dah hafaz nak tambah lagi Surah Luqman (1 muka surat). Setakat ni along dan angah hampir ingat satu muka surat S. Al Mulk tu.

Kenapa pilih Surah Al Mulk???Tak pilih surah yang lain. Surah ni banyak kelebihannya. Antaranya bagi pembacanya yang membacanya setiap malam sebelum tidur, jika meninggal dunia akan terlepas daripada soal jawab kubur. InsyaAllah nak suruh anak2 membacanya sebelum tidur bila dah hafal nanti.


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 



Surah Luqman pula dipilih adalah kerana isi kandungannya yang sarat dengan nasihat seorang bapa (Luqman) kepada anaknya. InshaAllah akan diperhalusi isi kandungannya sambil menghafal nanti. Abi pun boleh tumpang sekali juga dalam menghafal ni. Dulu dah hafal tapi sekarang ni banyak yang lupa.

Apa program korang semua dengan anak2??? Pastikan ianya bermanfaat untuk anak2..Jangan biarkan jiwa diorang kosong tanpa apa2 pengisian. Carilah apa2 program untuk diorang tu. Kesian diorang. Kalau asyik mengadap gajet jer setiap hari, itu memusnahkan anak namanya. Kalau dapat hantar pergi mengaji Al quran pun dah dikira ok. Perbetulkan tajwid mereka. Biar mereka tau sekurang2nya baca Al Quran dengan tajwid. Abi tak rasa apa yang mereka belajar di sekolah dapat diambil sepenuhnya. Mesti kena cari guru mengaji yang lain. Kalau ibubapa dapat ajar lagi baik lah.

Tahun lepas, abi punya program bersama anak2 di musim cuti adalah hafazan doa2 pilihan yang ma'thur daripada Al quran. Abi pilih beberapa doa dan alhamdulillah kini mereka dapat membacanya selepas solat. Mereka dapat hafal sekurang2nya 10 doa daripada Al quran. Moga2 mereka ini sentiasa mengamalkannya selalu dalam kehidupan mereka walaupun abi dan ummi dah meninggal.

Ok lah , selamat bercuti bagi warga pendidik. Jagalah anak2 anda. Mereka adalah mutiara yang perlu digilap senantiasa dengan " roh iman dan amal" agar mampu mendepani arus globalisasi dan zaman fitnah dajjal.

wassalam.

Tuesday, December 5, 2017

Work Out@ berkebun

Alhamdulillah cuaca pagi tadi amat cantik dan molek. Panasnya yang tak sangat terik. Sesuai la nak bercucuk tanam @ bersenam. Tapi ari ni abi pilih untuk berkebun. Sambil2 tengok dan melayan anak2 pokok lada, kacang botor dan juga serai.

Sebelum tu sempat juga lah meracun rumput2 yang ada kat depan rumah tu. nampak macam dah tinggi hingga ke paras lutut. Takut juga jadi tempat pembiakan ?*&^%$#.....nauzubillah...Yang pentng kita kena jaga kebersihan alam sekitar. Bukan setakat dalam rumah je kena jaga, luar rumah pun kena jaga. Syukur dapat habiskan 10 liter air pam dengan 2 kali isi. Harap mati lah dikau wahai rumput.

Turun pukul 9 lebih dan berenti dalam kul 1130 lebih. banyak juga lah peluh yang keluar. Kira ok lah tu untuk ari ni. Nak bersenam yang berat2 pun rasanya dah tak daya, hanya pegang cangkul dan cabut rumput jer. Menebas lalang sikit2 pun dah berpeloh. Orang tua katakan. huhu. Yang penting keluar peluh. Betul tak???

Bila dah berumur 40 an ke atas ni, tak boleh lasak2 dari segi pergerakan. Sebab abi bukan kaki yang jenis lasak2...main sukan pun dah berenti lama dah. 5 tahun yang dulu. sekarang nak main macam 5 tahun yang dulu tak jamin. Rasanya semput dan tercungap2. Malas lah. Baik jaga badan dengan mencangkul jer.

Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di waktu petang.

Nak buat camner kerjaan Tuhan belake. Lepas zohor hujan dah mula turun. Memang musim dia takleh nak kata apa.Tak tau la racun yang kena rumput tadi tu sempat meresap ke tak....pasrah!

wallahua'lam.


Sunday, December 3, 2017

Mat'am Al Kathiri, Kubang Kerian

Alhamdulillah thummal hamdulillah....

Puji dan syukur hanya pada Allah selayaknya kerana musim cuti sekolah ini dapat digunakan semaksima mungkin bersama famili tercinta. Walaupun dalam keadaan musim 'bah@banjir' orang kata, tapi abi dan keluarga masih mampu lagi untuk mengorak langkah mengisi masa cuti bersama anak2 dan famili.

Jumaat lebih kurang jam 5 kami bertolak ke KB. Tika itu walaupun hujan membasahi bumi Setiu dengan lebatnya, tapi kami tak kisah. Kami nekad juga untuk ke KB. Sampai sana dekat waktu Maghrib. Kami isi perut kami dulu di Restoran Pak Ali dengan juadah 'roti tempayan'. Alhamdulillah lama dah tak makan roti tempayan. Memang abi dan ummi kaki roti tempayan!

Lepas makan kami rehatkan badan di teratak ibuayah kami di Kampung Panji. Dapatlah lepaskan penat lelah dan lenguh badan drive dari Setiu tadi.

Esokkan pula kami bersiap nak pergi ke majlis kesyukuran@maulid di rumah Mak Sedara di Kampung Tapang. Tak jauh kampung tu dari Kpg Panji.

Hari terakhir kami di Panji, kami pusing2 di Bandar Kubang Kerian. Coping moping barang2 sekolah untuk anak2. Baju sekolah, seluar sekolah, kasut PJ dll....boleh tahan juga terbang duit. Abi kluarkan dari bank dekat RM700, sedar2 tinggal lagi RM 100 lebih jer lagi....huhu...kali ni memang coping sakan! Tak boleh nak kata apa menyoping macam nak beraya. Ye lah anak2 makin membesar. Keperluan untuk bertukar saiz badan tu terpaksa kita terima sebagai ibubapa. lebih2 lagi anak2 abi si angah dan abe Qan (no 3) yang makin membesar.

Selesai bershoping kami ke Restoran@Mat'am Al Kathiri. Terletak di tengah bandar tu juga. First time masuk situ. Memang dah plan lama dengan ummi untuk merasai makanan Arab bila tiba cuti sekolah nanti. Nak pergi ke negara Arab memang tak berbaloi lah semata2 nak makan. Cukuplah Al Kathiri sebagai pengubat rindu kami kepada masakan Timur Tengah@Jordan.

Jom layan gambar....biar gambar berbicara....

pintu masuk restoran Al Kathiri


selpie la dulu sebelum makanan sampai....mana along????

jeng...jeng...jeng....haaaa dah sampai makanan arab dari Timur Tengah. Macam2 ada. Ada nasi ayam Mandi,ada syawarma,falapil pun ada tapi tak sampai lagi


ni lah namanya falapil. rasa macam mana susah nak bagitau.kene try sendiri. Tapi ramuan asasnya kacang dan bawang putih

ni pula bahan2 yang nak disumbat dalam roti. Yang puith tu namanya 'Humus', sejenis kacang juga tu. 

selesai makan kami bergambar tanda kenangan pernah sampai sini. Cantik backgroundnya...

internet ciput pulak malam ni....sori deh blako....lain kali lah masukkan gambar lg.

InshaAllah next year jumpa lagi Al Kathiri....mu tunggu aku datang!


Monday, November 27, 2017

Demam

Tiap kali nak tutup tirai persekolahan Allah selalu beri sesuatu pada abi. Demam. Kali ni demam kepala berdenyut2. Nak kata badan panas, tak la sangat. Tapi time nak sujud tika solat tu, Allah saja yang tau. Rasa berat je kepala. Terasa macam setongkol darah berhimpun kat depan kepala. Huhu..

Sakitnya....Allah saja yang tau. Ya Allah....

Tapi sebagai hambaNya kita redha je atas pemberianNya. Sebolehnya mengelak daripada mengeluh. Pesan orang2 alim jangan sesekali mengeluh bila musibah menimpa. Perbanyakkan istighfar...

Makin dekat nak tutup sekolah makin banyak keje yang tak beres bila dicheck. Tahun ni, kerja abi tak menentu sikit al maklumlah dapat ahli baru dalam keluarga. Allah berikan satu hadiah istimewa untuk kami  sekeluarga. Ahmad Affan Hakimi. Bila balik rumah tak dapat pegang lagi sebarang kerja sekolah. Mesti fokus pada Affan dan ummi. Tak boleh nak berikan pada ummi sorang2 yang jaga baby.

Siang harinya abi terpaksa turun kerja lagi. Bikin majalah sekolah bersama 2 orang student. Abi mintak pertolongan diorang tu supaya jangan balik kampung lagi. Berkampunglah diorang tu kat SAIS selama 4 hari. Alhamdulillah Allah mudahkan kerja buat abi untuk sekolah.

bersama syafiqah dan Anis dalam perjalanan ke kedai makan. makan tengahari disponser oleh Abi Muza!

Friday, November 24, 2017

Anugerah Sahsiah Terbaik

Alhamdulillah wa syukri lillah....semasa majlis anugerah cemerlang dan graduasi hari tu, Jazlan telah diberi satu anugerah daripada pihak sekolah yang mana abi sendiri pun tak jangka yang Jaz akan dapat. Masa MC membaca biodata diri, baru abi perasan dia sedang bacakan perihal si Jaz...

Jantung abi berdegup2....degupannya makin kuat. Bukan takut tapi kenalin. Maklumlah tak pernah terima anugerah sebelum2 ni. Dulu pun ada masa Wildan bersekolah di SK Guntong Luar, banyak anugerah mata pelajaran terbaik Wildan dapat.

Bila MC sebutkan Jaz dapat "Anugerah Sahsiah Terbaik " hati abi mulalah tak keruan lagi. Rasa sayu hiba menyelebungi diri. Rasa macam nak menangis jer. Terharu sangat atas anugerah yang pihak sekolah berikan. Rasa macam tak layak je. Ye lah kita tau lah anak kita setara mana di rumah. Apapun abi selaku ayah merasa bangga dengan pengiktirafan ini. Syukur padaMu Ya Rabb. Mungkin disebabkan didikan di rumah inilah yang akan membawa Jaz ingat apa yang selalu dipesan oleh abi dan ummi. Abi yakin Ummi banyak main peranan dalam proses tarbiah Jaz hingga jadi begini.

Sekadar mengingatkan diri sendiri, bahawa didikan di rumah itu yang penting. Usah dilepaskan didikan itu kepada guru2 di sekolah. Kerana apa ? kerana guru juga manusia dan ada anak2 macam kita juga. Selayaknya kita lah yang wajib mentarbiah anak2 kita dulu selebihnya kita serah kan pada guru2. Usah diserahkan didikan itu 100% kepada guru2.

Amat menyedihkan pabila abi dengar ada sesetengah ibubapa yang telah pun menghantar anak2nya seusia muda kecil lagi tinggal asrama. Contohnya darjah 4 sudah dihantar tinggal di asrama. Bukannya latar belakang ibubapa yang dhaif tapi abi rasa hanya mahu melepaskan tanggungjwab mendidik itu kepada guru2 dan warden2. Mungkin ibubapa tersebut tak mampu nak kawal anak mereka lagi. Ya Allah, tahu buat anak tahu lah bela, jaga dan didik mereka. Itu amanah dari Allah! Ingat !!!amanah Allah.

" Ya Tuhan kami kurniakan lah kepada kami isteri2 dan zuriat2 sesejuk mata memandang dan jadikanlah kami Imam di kalangan orang2 bertaqwa "


Thursday, November 23, 2017

Konvokesyen Jazlan

Cerita Hari Selasa lepas....Al kisah Jazlan dah konvo. Kiranya penutup untuk pendidikan di tahap sekolah rendah.

Bertempat di SK Putera Jaya, Setiu. Cantik dia punya background konvo dia. Memang lawa la kalau nak bergambar. Abi ambil kesempatan juga untuk bergambar.





 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.