Tuesday, September 25, 2018

Ais dan Limau vs Jin

gambar ihsan google

Lama tak berceloteh tentang rawatan. Kali ni nak citer bagaimana "jin" itu boleh terkesan dengan ais dan limau purut@nipis.

Datang seorang pesakit kepadaku mengadu tentang sakit kepala yang dialaminya. Hampir beberapa hari beliau sakit kepala. Akhirnya aku buatkan untuk beliau sebaldi air yang dicampur dengan ais dan 3 biji llimau nipis yang dihiris kecil. Air tu sememangnya dibaca dengan bberapa ayat suci Al quran. Antaranya :

1. solawat
2. al fatihah
3. surah al baqarah, ayat 1- 5
4. ayatul kursi
5. aamanar rasul hingga lah wa ilahil masir. (al baqarah)
6. Lau anzalna ....

Bila di tanya pesakit apa rasa ketika mandi. Beliau jawab terasa kepalanya seolah dihempap oleh sesuatu (tak lah sakit sangat) dan nak sesak nafas sekejap dalam beberapa saat....

selepas mandi beliau rasa ringan kepalanya yang dahulunya sakit berdenyut.

semuanya dengan izin Allah SWT belako. Kita hanya berikhtiar.


Thursday, August 9, 2018

Ada apa dengan umur 4O?

Ada rakan umur 35 - 40 tahun?

Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²

Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Jom Hijrah!

#copy n paste

Saturday, July 28, 2018

Tuhan Alaf Baru

Pernah dengar dop perkataan "Tuhan Alaf Baru " ? Aku rasa aku jer yang guna perkataan ni. Tak tau nak bagitau camner....tapi jom fikir2kan...

Zaman Jahiliah dulu manusia bertuhankan berhala2 yang diukir oleh tukang2 patung. Kononnya berhala itulah yang akan menyampaikan hajat mereka kepada tuhan langit. So, mereka sembah berhala Seolah2 berhala itu mempunyai satu kuasa luar biasa untuk menyampaikan hajat mereka.

Percaya kah kita dengan aqidah mereka???tentu tidak bukan ?

Tapi di zaman alaf baru ini, manusia bukan menyembah berhala. Memang takde orang Islam yang menyembah berhala. Apa yang mereka sembah?

Mereka sembah DUIT, HARTA & PANGKAT. Kononnya jika memperolehi demikian mereka mampu lakukan segala2nya. Dalam otak fikiran mereka sentiasa fikir tentang duit....duit...duit...Duit adalah segala2nya. Ada duit semua boleh jadi. Duit boleh buat orang sujud pada kita. Duit boleh menghinakan orang. Duit boleh menyihatkan orang. Duit boleh mengangkat darjat seseorang...dan bla..bla...bla...itulah duit yang manusia sembah dan sanggup berbunuh2an hari ini.

Bukankah itu Tuhan alaf baru??? Manusia yg sembah duit??? Sebab duit boleh membuat segala2nya...

Lihat lah dunia hari ini dengan mata hati. Ada tak manusia yg sembah duit. ???

(bersambung....)


Wednesday, July 18, 2018

Munafik kehidupan

Assalamualaikum wbth...

Apa khabar sahabat sekelian???
Rasanya lama dah tak bersiaran...banyak sangat kekangan masa yang menimpa diri ini. Bermula sejak Ramadhan hinggalah kini.

Apapun didoakan semoga sahabat sekelian dijauhi daripada bala bencana dan malapetaka yang tak diingini berlaku. Allahumma amin.

Terdetik dalam diri yang alpa ini untuk mencoret sedikit tentang munafik kehidupan. Munafik satu perkataan yang semua orang rasa takut dengannya. Takut jadi salah seorang daripadanya. Bila dah tergolong daripadanya, maka api neraka lah tempatnya. Nauzubillah.

Mungkin ada yang tak faham bila disebut munafik kehidupan. Bukannya hidup itu munafik tapi yang sebenarnya manusia yang hidup itulah yang munafik. Ye manusia yang bersifat munafik. Munafik tu wujud sejak di zaman Rasulullah SAW lagi hingga kini.

Jika dikatakan munafik itu hanya dari segi perangai seseorang, tingkah lakunya dan tutur katanya. Di depan orang lain dan di belakang orang lain. Misalnya depan orang elok je pakaiannya. Menutup aurat sana  sini. Elok jer tutur katanya. Tiada perkataan maksiat yg keluar daripada mulutnya. masyaAllah... itu yang kita faham.

Dulu, manusia munafik itu dapat dilihat melalui kata2nya. Pandai berbicara dan petah berkata2. Tapi kini, munafik itu boleh dilihat dari pelbagai sudut lagi. Dan ianya telah menular melalui tulisan2 di fesbuk dan instagram. 

Dengan bercambahnya media sosial bak kulat yang tumbuh selepas hujan,,,,,,,,fesbuknya, instagramnya,blognya, tweeternya dan macam2 lagi. Dalam arus media sosial inilah manusia mula bersifat munafik. Ye manusia munafik memang ada kat media sosial dan aku telah benayak menyaksikan manusia sebegini dalam hidup aku.

Manusia itu hanya pandai berlakon dalam fesbuknya @ instanya hanya melalui penulisannya. pandai dia berlakon semata2 untuk menunjukkan kewarakkannya dalam fesbuk mahupun insta. Dipost nya kata2 agama dan berunsur nasihat, sentiasa membuat muhasabah diri, update status dengan kata2 agama dan sebagainya. Kononnya dia adalah orang baik2....

Berhati2 lah wahai anak2ku dengan manusia sebegini. Jangan engkau mudah percaya dan terpedaya dengan tulisan2 mereka tanpa engkau mengetahui hakikat sebenar dirinya. Aku telah melihat sendiri dengan mata kepalaku bahawa manusia sebegini memang benar2 wujud. Itulah manusia munafik di era teknologi maklumat sekarang ini. Bermuka2 dalam arus media sosial! Hipokrit !

Apa yang ditulisnya langsung tak mencerminkan dirinya. Hanya sebagai sihir untuk mengaburi mata kawan2nya yang lain. Apa yang aku bicarakan di sini mungkin ada yang pernah melihatnya juga terutama sekali dalam senario politik hari ini. Bercakap dan berjanji dalam media sosial sudah menjadi darah dagingnya. Tapi habuk pun tarak!

Moga ianya menjadi satu kayu ukur buat kita semua untuk menyedari bahawa hakikat kehidupan itu penuh dengan tipu daya. Penuh kemunafikkan. Hipokrit dan seumpama dengannya.

Monday, June 25, 2018

kehidupan yang sementara

Kehidupan kita hari ini adalah satu perjalanan menuju kepada Ilahi. Antara kita ada yang sedar dan ada yang tak sedar. Bagi yang sedar, dia akan mempersiapkan dirinya dengan bekalan seolah -olah akan bermusafir jauh menuju ke destinasinya. Bagi yang tak sedar dia akan dia akan leka dengan kemanisan duniawi hingga dia merasakan perjalanannya berjuta-juta batu lagi jauhnya untuk sampai.

"rileks la bro....kita masih muda. nanti tua bertaubatlah." itu kata mereka.

Yang pastinya , kita tak tahu bila kita akan sampai sebabnya destinasi kita tu adalah destinasi ghaib yang belum pernah kita pergi sebelum ini.

Syabas kepada yang mempersiapkan dirinya dengan "first aid kit" semasa permusafiran. Yang leka dengan tu, teruslah leka, nanti kau akan tau dan menyesal!

Tuesday, June 5, 2018

Life begin at 40

Sememangnya umur 40 adalah umur yg boleh dikatakan mematangkan seseorang baik dari segi tutur katanya mahupun peil perangainya.

Namun bukan bermakna ianya satu tempoh umur untuk ber "ggalok" dengan keseronokan dunia tapi ianya adalah tempoh untuk Kita menghampirkan diri kepada Al Khaliq. Kerana dalam tempoh inilah manusia sering diuji dengan pelbagai ujian. Ada yang diuji dengan penyakit hingga membawanya kepada kematian. Ada juga yg diuji hingga menyukarkannya untuk beribadah lima waktu.sakit lutut,sakit pinggang,mata kabur disebabkan diabetis, gemuk yg teramat sangat hingga semut² kaki dan tangan dan bermacam²  lagi. Semuanya itu membantutkan amal ibadat.

Jadi, sempena Ramadhan Al Mubarak ini, ayuhlah kita memuhasabahkan diri sejauh mana ikatan ubudiyah diri kita dengan Allah SWT. Guruku pernah berpesan, katanya: tatkala memasuki umur 40 tahun atau melewati usia tersebut,rajin² lah bangun awal sblm masuknya waktu Subuh. Bacalah Al Quran pd masa itu. Di alam kubur nanti Al Quran yg Kita baca itulah yg akan menyelamatkan Kita.

 Tidak takut kah kita dengan azab kubur nanti ? Atau mungkin Kita rasa diri kita terselamat drp azab kubur ?

Ketahuilah ! Berapa ramai yg telah mati rasa menyesal di akhirat sana dan ingin dikembalikan semula ke dunia walau sekejap semata² untuk membuat amal.

Waktu sahur di bulan Ramadhan ini seharusnya dijadikan tamrin@latihan untuk kita beramal apabila perginya Ramadhan. 30 Hari kita berlatih dan bertamrin sudah tentu ianya memberikan suntikan semangat utk kita beramal nanti.

 Jadilah sepertimana sabda Baginda SAW ORANG CERDIKiaitulah mereka yang beribadah dan mencari bekalan untuk dirinya semata² untuk akhiratnya.

Life begin at 40, itulah Jalan menuju keredhaan Allah bukan nya jalan menuju kemurkaan Allah. Usah dilalaikan dan dihanyutkan dgn kehidupan Dajjal yg sentiasa memerangkap manusia. *Kemewahan,pangkat,duitan,seks,hiburan,sukan,media sosial* dan lain² lagi itulah manifesto dakwah Dajjal di abad ini.

Hanya yang celik dengan mata hati Dan beramal dengan Surah Al Kahfi sahaja inshaAllah akan terselamat drp fitnah ini.

Monday, June 4, 2018

Malam ke 20

Antara sedar ngan Tak sedar Kita dah masuk malam yg ke 20. Oh cepatnya Masa berlalu... Mungkin itulah petanda dunia akhir zaman Dan dekat nak kiamat. Allahu Akbar!

Kita amat sangat berharap drp Allah hari² Ramadhan yg berlalu itu akan diterima amalan Kita. Begitu juga akan diampunkan segala dosa kita yang lalu walau sebanyak buih di lautan. Kita banyak dosa kan ? Bohong la kalau seseorang kata dia takde dosa. Kita bukan maksum seperti rasul.

Tu sebab sepanjang Ramadhan ni Kita digalakan memperbanyakkan istighfar. Atau boleh juga Kita baca doa spt yg diajar Nabi Muhammad :

Allahumma innaka 'afu wun Kareem, tu hibbul afwa wa' Fu 'anni (Sila rujuk hadis Jika inginkan ia)

Didoakan semoga datangnya Ramadhan, perginya Ramadhan menghapuskan dosa² Kita....amin


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.